Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
133) PEMERKASAAN SRA DAN KAFA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu menyelesaikan isu status tanah yang dihadapi oleh Sekolah KAFA di seluruh Selangor khususnya Batang Kali?
Pihak jabatan sedang mengenal pasti tapak sekolah agama di seluruh negeri Selangor yang belum diwartakan dan seterusnya dipanjangkan kepada pejabat tanah daerah bagi tujuan pewartaan.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaik taraf kemudahan fasiliti dan insfrastruktur SRA dan KAFA di seluruh Selangor?
Kerajaan negeri sentiasa membantu menaik taraf kemudahan fasiliti serta insfrastruktur di SRA dan KAFA Negeri Selangor. Ini ditambah lagi dengan bantuan yang disalurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia , JAKIM, Lembaga Zakat Selangor, serta GLC di bawah kerajaan negeri bagi menaik taraf fasiliti dan infrastruktur sekolah.