Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
392) PEMERKASAAN SEKTOR PERIKANAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam memperkasakan sektor perikanan?
Kerajaan Negeri sentiasa membantu pengusaha akuakultur dan para nelayan bagi meningkatkan hasil ternakan dan tangkapan. Antara bantuan-bantuan dan projek Kerajaan Negeri dalam memperkasa sektor perikanan di Negeri Selangor adalah seperti berikut:
Selain bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor, penternak – penternak akuakultur juga menerima bantuan daripada Jabatan Perikanan Malaysia melalui peruntukan daripada kerajaan persekutuan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk bantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti meningkatkan hasil dan kualiti produk penternak –penternak akuakultur seterusnya menyumbang kepada kestabilan bekalan makanan tempatan.
-
Apakah bantuan kepada nelayan kecil di Selangor?
Bantuan yang telah diberikan kepada nelayan di Selangor.
-
Bagaimana kerajaan mempromosikan akuakultur sebagai sumber ekonomi?
Pelbagai bantuan dan khidmat sokongan disediakan kepada penternak akaukultur yang layak seperti bantuan SPeKS Akuakultur, bantuan bencana, geran padanan, Agropreneur MUDA dan lain-lain. Jabatan Perikanan Malaysia juga menawarkan kursus-kursus berkaitan penternakan akuakultur kepada kumpulan sasar bagi memberi input dan khidmat teknikal dalam operasi penternakan.
Jabatan Perikanan juga menggalakkan penggunaan teknologi kepada penternak akuakuktur seperti Re-Circulating Aquaculture System (RAS), Internet of Things (IoT), auto feeder, bucket rail dan water quality sensors. Peningkatan teknologi makanan ikan bagi keperluan sumber protein di dalam makanan rumusan ikan dan udang dilaksanakan dengan penggunaan grain pellets dan bahan ramuan kaya karbohidrat seperti rice bran, termasuk inovasi bagi teknologi makanan hidup seperti kultur moina. Penggunaan teknologi bioflok di ladang ternakan juga boleh mengurangkan penggunaan makanan (FCR) ikan sekaligus dapat mengurangkan kos makanan dan dapat menjaga kualiti air ternakan yang boleh mengurangkan kadar kematian ternakan ikan.
Jabatan Perikanan Negeri Selangor juga melaksanakan promosi produk-produk perikanan dan produk hasil tambah yang sedia untuk dimakan dan sedia untuk masak di pameran di tapak-tapak ekspo, festival dan seminar seperti Pameran Agrikultur, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA), Hari Petani dan Penternakan dan Nelayan Kebangsaan termasuklah di platform pameran antabangsa seperti Selangor International Expo (SIE) yang berlangsung setiap tahun di KLCC. Pameran dan aktiviti uji rasa seperti ini memberi peluang kepada usahawan akuakultur mengembangkan rantaian produk terus kepada peruncit dan pengguna untuk mengakses pasaran di peringkat domestik dan antarabangsa.
Selain itu, Jabatan Perikanan memperkenalkan spesis ternakan baru yang berpotensi menambah pendapatan penternak seperti ikan Kalui, Ikan Banding dan Laktut yang kini semakin mendapat permintaan ramai oleh konsumer. Spesis yang diperkenal bukan sahaja mudah dari segi ternakan malah murah dari segi kos operasi makanan namun masih dapat membekal sumber protein yang tinggi kepada konsumer dan memberi kelainan citarasa dan kepelbagaian hidangan.