Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
44) PEMERKASAAN SEKOLAH TAHFIZ DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah Sekolah dan Pelajar Tahfiz di dalam Negeri Selangor.
a) , b) dan c)
Soalan ini dijawab bersekali dengan soalan:
- Apakah Langkah Dan Perancangan Yang Telah Diambil Oleh Kerajaan Negeri Untuk Meminimakan Kejadian Yang Mungkin Berlakunya Kebakaran Sepertinya Kejadian Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Di Datuk Keramat? (Soalan No. 132)
- Sekolah Tahfiz daripada Kinrara (Soalan No. 53)
- Isu Kebakaran daripada Damansara Utama (Soalan No. 81)
- Tindakan Kerajaan Dalam Memastikan Sekolah-Sekolah Tahfiz Mempunyai Kualiti Keselamatan daripada Seri Serdang (Soalan No. 167)
- Pemantauan Sekolah dan Maahad Tahfiz Persendirian daripada Hulu Kelang (Soalan No. 112)
- Tindakan Kerajaan Dalam Memberi Peluang Kepada Pelajar-Pelajar Tahfiz Persendirian Mengambil Peperiksaan daripada Seri Serdang; (Soalan No. 145) dan
Kerajaan Negeri memandang serius berhubung insiden kebakaran Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat dan kerajaan sedang melaksanakan tindakan susulan supaya hal yang sama dapat dielakkan di Negeri Selangor. Setelah semakan dibuat, Kerajaan Negeri mendapati sebanyak 266 buah maahad tahfiz telah berdaftar di Negeri Selangor, dengan jumlah keseluruhan murid seramai 16,726 dan guru seramai 1,995 orang.
Sebaliknya, hanya terdapat 34 buah maahad tahfiz persendirian sahaja yang tidak berdaftar di Negeri Selangor. Manakala, sebanyak 29 buah maahad tahfiz persendirian sedang dalam proses pendaftaran.
Menjawab pertanyaan daripada Sungai Pelek dan Kinrara, Kerajaan Negeri tidak dapat mengemukakan jumlah maahad tahfiz yang tidak mendapat kebenaran PBT atau kelulusan pelan bangunan kerana permohonan sebelum ini tidak menekankan aspek keperluan PBT dalam memproses permohonan pendaftaran.
Dengkil bertanyakan soalan berhubung Pemerkasaan Sekolah Tahfiz Di Selangor.
Berikut merupakan jumlah sekolah dan jumlah pelajar Tahfiz di Negeri Selangor (sehingga September 2017).
SEKOLAH JUMLAH SEKOLAH
JUMLAH PELAJAR
Maahad Tahfiz Negeri 4 1,017 Maahad Tahfiz Persendirian 262 17,440 Mengenai soalan “Adakah terdapat perancangan pelan pemerkasaan Sekolah Tahfiz di Negeri Selangor?”. Ya, Kerajaan Negeri merancang supaya maahad tahfiz di Negeri Selangor melaksanakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) seperti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)/ Kurikulum Tahfiz MITS.
Berhubung jumlah peruntukan Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah tahfiz di Negeri Selangor, sebanyak RM 1 juta diperuntukkan kepada Maahad Tahfiz Negeri untuk tujuan baik pulih, manakala sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan kepada maahad tahfiz persendirian untuk tujuan yang sama. Selain itu, RM12 juta diperuntukkan bagi membina baru maahad tahfiz persendirian dan RM 9 juta lagi diperuntukkan sebagai bantuan Sekolah Agama Rakyat di bawah EXCO Pendidikan.
Menjawab pertanyaan daripada Kinrara, Damansara Utama dan Seri Serdang berhubung Sekolah Tahfiz, Isu Kebakaran dan Tindakan Kerajaan Dalam Memastikan Sekolah-Sekolah Tahfiz Mempunyai Kualiti Keselamatan, Kerajaan Negeri boleh membantu dalam mengelakkan tragedi kes kebakaran seperti Pusat Tahfiz di Kampung Dato’ Keramat daripada berlaku di Negeri Selangor melalui beberapa usaha seperti berikut;
- bantuan baikpulih,
- bantuan alatan pencegah kebakaran seperti alat pemadam api,
- pelaksanaan Seminar Kesedaran Keselamatan Kebakaran bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat,
- pemeriksaan dan pemantauan ke atas Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) secara berkala, serta
- khidmat nasihat dan bimbingan kepada Maahad Tahfiz Persendirian yang belum mendapat sokongan agensi
Meskipun begitu, penyelenggaraan pili bomba tidaklah termasuk di bawah kawalan Kerajaan Negeri. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kuasa sepenuhnya adalah dibawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merujuk kepada Bahagian IV – Air dan Pili Bomba, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).
Berhubung soalan Tindakan Kerajaan Dalam Memberi Peluang Kepada Pelajar-Pelajar Tahfiz Persendirian Mengambil Peperiksaan daripada Seri Serdang, Kerajaan Negeri masih tiada perancangan untuk pelajar-pelajar tahfiz persendirian mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana perkara tersebut merupakan tanggung jawab sekolah masing-masing. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui UNISEL mempunyai program fast track untuk laluan SPM khas untuk para pelajar tahfiz dari sekolah persendirian yang tidak menawarkan silibus SPM.
Seterusnya, soalan Pemantauan Sekolah dan Maahad Tahfiz Persendirian daripada Hulu Kelang. Ya. Kerajaan akan memantau perjalanan dan keadaan infrastruktur sekolah-sekolah, maahad tahfiz persendirian di seluruh negeri Selangor melalui Sektor Pengurusan Naziran, JAIS dan Unit Pendidikan Islam Daerah.
-
Adakah terdapat perancangan plan pemerkasaan Sekolah Tahfiz di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Negeri kepada Sekolah-sekolah Tahfiz di Negeri Selangor?