Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
222) PEMERKASAAN PENGGERAK BELIA SELANGOR DI DUN BUKIT MELAWATI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Penggerak Belia Selangor di kawasan Kuala Selangor dan Bukit Melawati sepanjang 3 tahun kebelakangan ini?
Penggerak Belia Selangor (PeBS) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi memperkasa peranan belia di Negeri Selangor supaya lebih berperanan dan berdaya saing seterusnya melahirkan pelapis pemimpin yang lebih berkualiti. Pada tahun 2021 hingga 2023, pelantikan PeBS adalah berdasarkan lima puluh enam (56) Dewan Negeri Selangor. Setiap kawasan Dewan Negeri mempunyai lima (5) orang PeBS dan struktur PeBS mengandungi Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa.
Pemantauan aktiviti PeBS ini adalah di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia melalui Majlis Sukan Negeri Selangor. Bagi keseluruhan kawasan Parlimen Kuala Selangor, sejumlah 28 program berjaya dilaksanakan oleh PeBS di kawasan berikut;
-
Apakah mekanisme penilaian gerak kerja Penggerak Belia Selangor dalam menggerakkan agenda pemerkasaan belia di Negeri Selangor?
Bermula tahun 2024, Kerajaan Negeri telah membuat penstrukturan semula Penggerak Belia Selangor (PeBS) dengan lantikan adalah melalui Jawatankuasa Belia Negeri Selangor berdasarkan kepada zon majlis di setiap Pihakt Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor. Jumlah keseluruhan PeBS yang akan dilantik adalah seramai 288 orang. Penilaian Penggerak Belia Selangor (PeBS) adalah berdasarkan kepada indikator keaktifan program dan mesyuarat. Setiap PeBS perlu menghadiri atau melaksanakan seminimum dua (2) program dan melaksanakan satu (1) mesyuarat zon ataupun mesyuarat induk bersama dengan Penyelaras Majlis Sukan Negeri Selangor bagi setiap bulan. Disamping itu, mereka perlu menggunakan peruntukan program mengikut ketetapan dan perlu menghantar laporan lengkap selepas program dilaksanakan. PeBS yang gagal untuk melaksanakan perkara tersebut akan menyebabkan tuntutan elaun dan permohonan program berikutnya tidak dapat dipertimbangkan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Selangor.
Berbeza pula dengan mekanisme penilaian Penggerak Belia Selangor yang sebelum ini, dimana Ahli Dewan Negeri atau Pegawai Penyelaras Dewan Negeri perlu menilai setiap PeBS dengan minimum program adalah empat (4) kali setahun.