Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

247) PEMERKASAAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status penubuhan Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Selangor?

    Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Selangor telah ditubuhkan sejak tahun 2015 yang dianggotai oleh beberapa agensi seperti Unit Pembangunan Usahawan Mikro, Hijrah Selangor, PKNS, ZAKAT dan Sirim Bhd. Pada tahun lepas agensi-agensi ini telah mengikuti siri jelajah Le Tour Y.B. EXCO Tuan Amirudin bin Shari ke PBT-PBT untuk menawarkan bantuan dan pinjaman perniagaan kepada usahawan yang

  2. Adakah kerajaan negeri menyediakan insentif bagi pengusaha baru IKS yang berniaga secara online?

    Kerajaan negeri melalui Unit Pembangunan Usahawan menyediakan seminar dan kursus untuk para usahawan online dan juga usahawan offline. Pada tahun 2015 sebanyak 7 siri seminar telah dianjurkan untuk para usahawan bagi mendedahkan kepentingan pendaftaran perniagaan dan teknik pemasaran yang terkini. Dalam siri ini terdapat satu siri seminar pengkhususan tentang Simplified Facebook Marketing di mana dalam seminar ini memfokuskan cara pembinaan laman web dan pemilihan domain serta cara-cara pemasaran di facebook. Maklumat Unit Pembangunan Usahawan juga boleh diakses melalui laman facebook, com/usahawan.selangor.gov.my dan boleh dimuat turun dalam aplikasi android di Google Play dan Apple Store. Sebarang hebahan kursus dan seminar akan dibuat melalui aplikasi tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.