Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

34) PEMERKASAAN FUNGSI MUZIUM NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan fungsi Muzium Negeri dalam memperkenalkan budaya warisan masyarakat negeri Selangor yang berbilang agama, kaum dan bangsa?

    Muzium negeri adalah di bawah pentadbiran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor berperanan dalam memperkenalkan dan memelihara budaya warisan masyarakat negeri Selangor yang berbilang agama, kaum dan bangsa. Ahli Lembaga Pengarah PADAT itu sendiri adalah terdiri dari perbagai kaum dan agama yang membantu dalam merangka dan memastikan segala kegiatan dan program permuziuman hendaklah melibatkan semua kaum dan agama yang mana berkaitan. Yang terbaharu pihak PADAT telah mengadakan seminar berkaitan pantang larang masyarakat di negeri Selangor. Di dalam seminar ini semua kaum telah hadir dan memberi input berkaitan budaya dan warisan masyarakat mereka dan dari input tersebut satu pameran akan di adakan bagi di persembahkan kepada orang ramai.

    Selain daripada itu, Kumpulan Kesenian PADAT juga boleh melakukan persembahan tarian dan muzik pelbagai etnik di Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada orang ramai.

Lampiran

Tiada Lampiran.