Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

174) PEMERKASAAN DESA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah aspek yang diterapkan oleh kerajaan negeri dalam program pemerkasaan desa?

    Program Pemerkasaan Desa merupakan majlis penerangan umum mengenai dasar-dasar terkini kerajaan Negeri serta pencapaiannya. Di dalam program ini, semua ahli JKKK diminta untuk hadir bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara tersebut. Aspek yang diberi penekanan adalah kefahaman seluruh jentera akar umbi mengenai prosedur, peraturan dan kaedah perlaksanaan dasar-dasar tersebut. Turut menjadi fokus penerangan adalah model pembangunan luar bandar terkini yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dengan nama Asset Based Community Development (ABCD). Kaedah ini akan digunapakai secara rasmi pada tahun 2012 sebagai model pembangunan luar bandar. Didalam program pemerkasaan desa, para perserta diajarkan dan diminta untuk menyiapkan Peta Aset sebagai asas perlaksanaan model tersebut.

  2. Apakah kayu ukur yang digunakan bagi menilai keberkesanan program tersebut?

    Tahap kesedaran dan kefahaman para perserta mengenai dasar-dasar kerajaan negeri diukur melalui kadar prestasi yang mereka tunjukkan pada pencapaian setiap dasar dan program MES mereka. Selain itu, peserta juga dapat diukur melalui peta asset yang telah disenaraikan sebagai asas program peningkatan hasil pendapatan masyarakat desa.

Lampiran

Tiada Lampiran.