Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
212) PEMERIKSAAN KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN DI DUN MERU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah premis makanan berlesen dan tanpa lesen?
Jumlah premis makanan adalah sebanyak 4676.
-
Berapa kalikah pemeriksaan telah dilaksanakan sejak 2016?
Pihak Majlis Perbandaran Klang telah memeriksa sebanyak 850 premis makanan bermula Januari sehingga September 2016.
-
Apakah syarat-syarat pematuhan kebersihan premis makanan?
Di antara syarat-syarat pematuhan kebersihan premis makanan adalah :-
- Setiap pengendali makanan diwajibkan mendapatkan suntikan anti thypoid bagi mengelakkan sebarang kemungkinan keracunan makanan
- Menyusun atur bahan mentah / makanan di dalam peti sejuk dengan baik dan teratur
- Menguruskan sisa makanan dan sampah dengan baik dan teratur.
- Gunakan tong sampah yang berpenutup untuk menyimpan sisa makanan.
- Menjaga kebersihan ruang memasak / dapur dengan baik dan sempurna
- Menyelenggara dan memasang perangkap minyak
- Longkang diselenggara dengan baik, tiada sisa makanan terus dialirkan ke dalam longkang
- Makanan masak ditutup dengan penutup sempurna dan menggunakan pemanas bagi memanaskan makanan masak
- Pekerja hendaklah memakai pakaian lengkap berserta topi apron dan kasut
- Tidak menggunakan lorong belakang untuk memasak / membasuh makanan
- Memastikan lantai tidak pecah / licin / berlubang.
- Peralatan yang tidak digunakan perlu dikeluarkan daripada premis makanan
- Tidak dibenarkan mencuci peralatan / pinggan mangkuk di atas lantai
- Setiap pengendalian makanan wajib menghadiri kursus pengendalian makanan yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
- Kawalan LILATI di premis makanan