Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
113) PEMERDAGANGAN MANUSIA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini program anti pemerdagangan manusia di Selangor?
Kerajaan Negeri memandang serius dengan isu pemerdagangan manusia yang berleluasa dewasa ini. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sentiasa memberi sokongan padu terhadap usaha-usaha dalam membanteras agenda pemerdagangan manusia ini melalui kerjasama Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS).
MAPMAS merupakan satu organisasi khas untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia di peringkat Negeri Selangor dengan pelan tindakan yang telah digariskan oleh Jawatankuasa Bertindak MAPMAS. Langkah Negeri Selangor ini adalah selari dengan kehendak negara yang telah mewujudkan Akta Anti Pemerdagangan Orang bagi mengatasi masalah ini. Pelan Tindakan Kebangsaan Anti Pemerdagangan Orang di peringkat kebangsaan ditubuhkan bagi memantau kegiatan jenayah pemerdagangan orang di Malaysia.
Status terkini, program anti pemerdagangan pemerdagangan manusia yang dikendalikan oleh MAPMAS telah di”rehat”kan aktiviti rasmi setelah kematian pengerusi MAPMAS iaitu mendiang Irene Fernandez.
Semasa hayat beliau, aktiviti MAPMAS banyak yang disalurkan kepada Tenaganita, iaitu sebuah NGO yang sering mengendalikan isu-isu hak kemanusiaan seluruh Malaysia. Kematian beliau selaku Pengerusi MAPMAS perlu diganti di kalangan aktivitis Tenaganita sendiri.
-
Apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai?
Kerajaan Negeri sangat menghargai usaha-usaha yang telah dijalankan oleh MAPMAS semasa zaman kegemilangannya. Antara kejayaan yang dicipta di bawah program ini adalah :-
- Laporan dari MAPMAS yang dihantar ke badan dunia yang memantau hal ehwal Pemerdangan Manusia di Amerika Syarikat telah berjaya menaik taraf “ranking” Malaysia ke tahap “Tier 2” daripada “Tier 3“.
Sebelum itu, Malaysia sudah berada di ranking “Tier 3” untuk selama dua
- (2) tahun berturut-turut. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (atau MAPO) di peringkat Nasional gagal menghantar laporan atau membuat aktiviti pencegahan seperti yang dilakukan oleh MAPMAS semasa hayat mendiang Puan Irene Fernandez masih aktif. MAPMAS telah menyelamatkan Malaysia daripada terus mendapat ranking “Tier 3” untuk tiga (3) tahun berturut-turut yang mana ia sangat memalukan negara dan akan menyebabkan sekatan-sekatan ekonomi jika terus gagal mencapai tahap “Tier 2” pada tahun yang berikutnya;
- Banyak kes pemerdagangan manusia telah dibicarakan di mahkamah atas inisiatif MAPMAS dengan kerjasama Angkatan Pemuda Insaf dan juga Tenaganita. Antaranya kes anak kapal sebuah syarikat kapal milik Malaysia yang tidak membayar gaji krew kapal serta tidak memberi makan minum selama tujuh (7) hari. Krew hanya diberi makanan tidak sihat dan dibiarkan di tengah lautan dalam kapal tersebut selama hampir seminggu. Kes mendapat liputan media elektronik dan media cetak; dan
- Kes “caddy golf” yang telah berjaya diselesaikan dengan perintah mahkamah dan mangsa dihantar pulang ke negara asal. “Caddy golf” tersebut sebenarnya bukan sahaja dijadikan “caddy“, tetapi juga dijadikan “pelacur kelas atasan”.
-
Apakah tiga masalah paling kritikal untuk mengekang aktiviti ini di Selangor?
Kerajaan Negeri memandang serius terhadap isu yang mengekang aktiviti anti pemerdagangan manusia ini. Tiga (3) masalah paling kritikal untuk mengekang aktiviti ini di Selangor adalah :-
- Kurangnya pengetahuan tentang isu pemerdagangan manusia di kalangan pimpinan masyarakat, kerana mereka ini bertukar ganti. Setelah tiada promosi yang mantap dari MAPMAS kerana tidak lagi aktif, maka ramai pemimpin baru tidak “sedar” akan kewujudan MAPMAS. Contoh pemimpin masyarakat: Ketua Kampung, Ketua Komuniti dan Ahli-ahli Majlis;
- Penguatkuasaan yang lemah di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana badan yang menjadi “pressure group” tidak dapat berfungsi; dan
- Pintu masuk dan keluar di sempadan negara yang masih longgar dan senang dibolosi oleh pihak-pihak yang membawa para migrasi yang mungkin dijanjikan “syurga dunia” di Malaysia tetapi hakikatnya mereka dibawa secara haram dan bekerja tanpa diberi gaji serta makan minum yang tidak