Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
226) PEMERDAGANGAN MANUSIA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apa status MAPMAS dan JK Bertindak MAPMAS?
Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) telah ditubuhkan pada 10 Januari 2011 merupakan satu organisasi khas untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia di
Objektif penubuhan MAPMAS ini adalah seperti berikut :-
- Membantu Kerajaan Negeri dalam memantau kes-kes jenayah pemerdagangan manusia di Selangor;
- Membantu mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia untuk mencari pusat perlindungan sementara;
- Menyediakan khidmat advokasi kepada mangsa-mangsa serta menjalankan kajian berkaitan aspek pemerdanganan sedia ada; dan
- Menjalankan kempen-kempen kesedaran berkaitan jenayah pemerdagangan manusia di seluruh
Dahulunya, MAPMAS dianggotai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor iaitu YB Puan Rodziah Binti Ismail, YB Puan Dr. Halimah Binti Ali, YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping, YB Puan Teresa Kok Suh Sim dan YB Tuan Ronnie Liu Tian Khiew serta dibantu oleh Jawatankuasa Bertindak MAPMAS yang dianggotai oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenalpasti oleh pihak YB Puan Rodziah Binti Ismail ketika itu.
Jawatankuasa Bertindak MAPMAS memberi penekanan kepada tiga aspek iaitu :
- Perlindungan Mangsa : Membantu mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan dalam bentuk pusat perlindungan sementara;
- Pendakwaan : Menyediakan khidmat nasihat berkaitan aspek perundangan yang sesuai yang boleh digunapakai oleh mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan;
- Pemberdayaan Masyarakat dan Pencegahan : Membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan kempen jenayah pemerdagangan orang serta langkah-langkah
Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang meneliti semula keperluan kepada penambahbaikan pengujudan MAPMAS dan Jawatankuasa Bertindak MAPMAS sedia ada. Sehubungan itu, sebarang lantikan ahli jawatankuasa MAPMAS dan Jawatankuasa Bertindak MAPMAS ini akan dilakukan setelah proses penambahbaikan yang dikenalpasti itu selesai.
- Dalam usaha membanteras pemerdagangan manusia, Kerajaan Negeri Selangor akan :
- Mengaktifkan semula pengujudan MAPMAS dan Jawatankuasa Bertindak MAPMAS dengan kadar segera setelah proses penambahbaikan yang dikenalpasti selesai;
- Bekerjasama dan berkolaborasi dengan Jawatankuasa Teknikal Anti Pemerdagangan Manusia (JKTAPM) diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disamping agensi/jabatan lain seperti PDRM, Polis Marin, Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja dalam kerja-kerja operasi dan penguatkuasaan;
- Mengenalpasti keperluan latihan dan bimbingan ke arah membina kemampuan dan keupayaan dalam menangani kes-kes yang disyaki insiden pemerdagangan manusia;
- Melaksanakan usaha-usaha advokasi antipemerdagangan manusia kepada masyarakat dengan kerjasama persatuan-persatuan penduduk dan Pusat Wanita Berdaya (PWB);
- Merancang dan memperoleh peruntukan kewangan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang;
- Memberi perhatian kepada keperluan teknikal daripada segi pengumpulan data, pengurusan dan penjanaan semula maklumat demi membanteras jenayah pemerdagangan manusia di Selangor;
- Mengkaji kebolehan dan keberkesanan peraturan/undang-undang baru agar selaras dengan usaha menghalang pemerdagangan manusia seperti mempamerkan nombor-nombor untuk bantuan mangsa pemerdagangan manusia di pejabat/premis
- Kes-kes pemerdagangan manusia yang telah dikesan di Selangor bagi tahun 2014 dan 2015 adalah seperti berikut :
[Dalam tindakan pengumpulan maklumat dari PBT di Selangor]
-
Apakah perancangan Kerajaan Selangor ke arah meneruskan usaha membanteras pemerdangan manusia?
-
Berapakah kes-kes pemerdagangan yang telah dikesan di Selangor tahun 2014 & 2015, nyatakan mengikut PBT?