Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

175) PEMERDAGANGAN MANUSIA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam membenteras pemerdagangan manusia dari 2014-2017, termasuk peruntukan yang disediakan

    Kerajaan Negeri telah melancarkan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) pada 10 Januari 2012 oleh Dato’ Menteri Besar yang bertindak sebagai sebuah organisasi khas untuk menangani jenayah pemerdagangan orang di Negeri Selangor. Bagi tujuan ini, sebanyak RM100,000.00 telah diperuntukkan khas bagi tujuan pengurusan

    Kerajaan Negeri melalui MAPMAS berfungsi untuk memantau kes-kes jenayah pemerdagangan manusia di Negeri Selangor, membantu mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia untuk mencari pusat perlindungan sementara, menyediakan khidmat advokasi kepada mangsa-mangsa serta menjalankan kajian berkaitan aspek perundangan sedia ada dan menjalankan kempen- kempen kesedaran berkaitan jenayah pemerdangan manusia.

  2. Apakah wujud JK Teknikal Pemerdagangan Manusia setiap PBT? Sila nyatakan

    Jawatankuasa Teknikal Anti Pemerdangan Manusia Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dilancarkan pada 28 Ogos 2012 bagi membantu dan bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri melalui MAPMAS dalam menangani jenayah pemerdagangan orang. Walau bagaimanapun, hanya beberapa PBT yang mempunyai jawatankuasa tersebut iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran

  3. Apakah KNS mempunyai pelan tindakan anti pemerdagangan manusia yang diguna pakai oleh semua pihak Kerajaan Negeri Selangor?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui MAPMAS dan Institut Wanita Berdaya (IWB) akan menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai NGO tempatan dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan dengan masalah dan

    isu pemerdagangan manusia bagi tujuan merencana polisi dan strategi berkaitan untuk mewujudkan satu pelan tindakan bersepadu untuk menangani jenayah pemerdagangan orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.