Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
149) PEMERBADANAN MENTERI BESAR (MBI)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah peranan dan matlamat penubuhan MBI?
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) ditubuhkan di bawah Enakmen No. 3, Tahun 1994 Negeri Selangor di bawah kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 18hb Mei 1994. Antara kegiatan utama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) adalah bertindak sebagai “investment arm” bagi pihak Kerajaan Negeri di mana objektif penubuhannya adalah bagi melaksanakan pengawasan bersepadu yang berkesan ke atas pelaburan yang dibuat bagi pihak Kerajaan Negeri. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) juga berperanan sebagai medium pelaksana bagi agenda Kerajaan Negeri Selangor melalui arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di samping mengambil alih fungsi Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SSI) sepenuhnya setelah badan itu di “dormankan”.
-
Sila nyatakan apakah aktiviti utama dan jumlah keluasan tanah yang dimiliki oleh MBI mengikut pecahan daerah?
Antara kegiatan utama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) adalah bertindak sebagai “investment arm” bagi pihak Kerajaan Negeri di mana objektif penubuhannya adalah bagi melaksanakan pengawasan bersepadu yang berkesan ke atas pelaburan yang dibuat bagi pihak Kerajaan Negeri. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) juga berperanan sebagai medium pelaksana bagi agenda Kerajaan Negeri Selangor melalui arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di samping mengambil alih fungsi Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SSI) sepenuhnya setelah badan itu di “dormankan”.
Jumlah keluasan tanah yang dimiliki oleh MBI adalah lebih kurang 8,809.82 ekar dan keluasan tanah mengikut pecahan daerah adalah seperti berikut :-
- Daerah Hulu Langat – 64 ekar
- Daerah Petaling – 74 ekar
- Daerah Gombak – 48 ekar
- Daerah Klang – 65 ekar
- Daerah Kuala Langat – 1,172.28 ekar
- Daerah Sepang – 00 ekar
- Daerah Kuala Selangor – 3,523.88 ekar
- Daerah Hulu Selangor – 2,542.15 ekar
Daerah Sepang – 0.00 ekar
-
Sila senaraikan Nama Pengerusi dan Pegawai Kanan MBI serta gaji ,elaun dan kesemua kemudahan yang dinikmati?
Lembaga Pengarah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) terdiri daripada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi, YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri selaku Ahli Lembaga Pengarah. Tiada sebarang elaun tahunan yang diberikan kepada Ahli Lembaga
Senarai Pegawai Kanan MBI berserta butiran seperti di Lampiran 2.
LAMPIRAN 2
SENARAI NAMA DAN JAWATAN BAGI PEGAWAI KANAN PENTADBIRAN MBI
BIL. NAMA JAWATAN 1. PN. IZARINA BINTI ISHAK SETIAUSAHA SYARIKAT (KUMPULAN) / AKAUNTAN 2. EN.RASHIDI BIN JONID PENGURUS AKAUN / AKAUNTAN 3. PN. NORAL IZLEEN BINTI AHMAD LATFFI PENGURUS HAL EHWAL TANAH & HARTANAH 4. EN. AHMAD FUAD BIN NOOR PENGURUS PROJEK & KEJURUTERAAN 5. EN. MOHD ZAINU BIN SAAT PENGURUS AUDIT DALAM & PENGURUSAN RISIKO SENARAI NAMA DAN JAWATAN PEGAWAI KANAN KHIDMAT SOKONGAN MBI UNTUK PEJABAT YAB DATO’ MB
BIL. NAMA JAWATAN 1. TENKU MARAZIYAH BINTI TENKU SULAIMAN PENGURUS KANAN TUGAS-TUGAS KHAS KEPADA YAB DATO’ MB 2.
EN. MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM SETIAUSAHA POLITIK (TUGAS-TUGAS KHAS) MERANGKAP SETIAUSAHA SULIT KEPADA YAB DATO’ MB 3. EN. AZMAN BIN ABIDIN SETIAUSAHA POLITIK II (KAW) 4. MOHD RADZI BIN ABDUL RAZAK PEGAWAI AKHBAR Gaji dan elaun adalah satu maklumat yang rahsia serta persendirian untuk didedahkan. Namun pihak YB ADN boleh mengemukakan permohonan secara rasmi kepada pihak yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat tersebut sekiranya diperlukan.