Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
147) PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN SUNGAI
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan cadangan pihak JPS dalam mengambil langkah bagi memastikan hakisan tebing-tebing sungai khususnya di Ulu Yam yang mengakibatkan banjir dapat dibaik pulih.
Secara amnya hakisan tebing sungai adalah berpunca daripada halaju aliran yang tinggi dan ketidakstabilan tebing sungai. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor mengambil langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan sungai seperti kerja-kerja pembinaan gabion dan pemasangan mattress, pembinaan armour rock, kerja-kerja pemasangan cerucuk dan lain-lain dalam usaha membaikpulih hakisan tebing sungai berdasarkan keperluan dan aduan orang awam mengikut peruntukan sediada Jabatan.