Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
18) PEMELIHARAAN BANGUNAN BERSEJARAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kerajaan merancang untuk memelihara bangunan bersejarah dan identiti budaya di Bandar Kajang sambil memastikan pembangunan moden tidak menjejaskan nilai warisan sejarah yang penting bagi Selangor?
Bangunan bersejarah yang digazetkan sebagai bangunan warisan perlu dilaksanakan secara kaedah Kawalan akan dibuat supaya bangunan tersebut diubahsuai dengan memelihara ciri-ciri asal.
Antara usaha MPKj untuk memelihara dan mengekalkan bangunan warisan di Bandar Kajang adalah seperti berikut:
- Mengangkat beberapa bangunan di Bandar Kajang sebagai Kajang Heritage Walk seperti Pusat Warisan Kajang, Tokong, Masjid Kajang, Pejabat Pos dan Bangunan Dato Nazir.
- Projek pengindahan lorong pejalan kaki Jalan Sulaiman (Kajang Dulu-dulu).
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia memberi insentif kepada pemilik bangunan bersejarah untuk memelihara bangunan tersebut?
Tiada sebarang insentif yang diberi setakat ini. Tiada peruntukan bagi penyelenggaraan bangunan warisan di MPKj. Sekiranya pihak Kerajaan Negeri bersedia memberikan insentif kepada pemilik bangunan, MPKj tiada halangan untuk sama-sama membantu dan menasihat dari sudut teknikal.