Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
124) PEMBUKAAN TAPAK KUARI DI BUKIT LAGONG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah keluasan tapak operasi kuari yang telah diberikan oleh kerajaan?
Keluasan tapak operasi kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong adalah seperti berikut:-
- Enam (6) buah kuari yang telah diluluskan sejak tahun 1992 dengan keluasan 208.04 hektar sedang beroperasi pada ketika ini dan dijangka akan tamat dalam masa terdekat mulai tahun 2023;dan
- Dua puluh (20) buah kuari yang telah diluluskan sekitar tahun 2018/2019 dengan keluasan 800.50 hektar dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2023 bagi Fasa Pertama dan tahun 2026 bagi Fasa Kedua. Kesemua kuari ini boleh beroperasi sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah dikenakan.
-
Berapa jumlah syarikat yang telah diluluskan untuk mengoperasikan kawasan kuari tersebut dan nyatakan?
Secara keseluruhannya, sebanyak 26 buah syarikat telah diluluskan untuk pengoperasian kuari melalui pengeluaran Lesen Kecil selaras dengan Seksyen 28, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985
-
Adakah kawasan tersebut termasuk dalam kawasan hutan simpan?
Kesemua kawasan kuari berkenaan berada di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Lagong yang telah dikelaskan sebagai hutan pengeluaran sejak diwartakan pada tahun 1917.