Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

179) PEMBUKAAN TANAH TERBIAR KEPADA AKTIVITI PERTANIAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keluasan tanah milik Kerajaan Negeri yang terbiar di DUN Bukit Melawati?

    Jawapan a dan b dijawab bersekali.

    Berdasarkan semakan, tanah kerajaan telah semakin berkurangan di kawasan Dun Melawati kerana tanah tersebut kebanyakannya telah menjadi tanah hakmilik dan sebahagian besarnya telah dimajukan sebagai kawasan kediaman.

    Sehubungan dengan itu, para petani yang berminat untuk mengusahakan tanah perlu mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang hendak diusahakan terlebih dahulu dengan membuat semakan status tanah tersebut di Unit Teknikal PDT Kuala Selangor. Sekiranya tanah tersebut sememangnya tanah kerajaan, pemohon boleh mengemukakan permohonan lesen pendudukan sementara (LPS/TOL) atau memohon pemberimilikan tanah melalui sistem e-Tanah. Pihak PDT Kuala Sleangor akan memproses permohonan tersebut mengikut prosedur dan tatacara permohonan yang dikemukakan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyewakan tanah terbiar milik kerajaan dan agensi kepada para petani khususnya di Kuala Selangor untuk diusahakan?

    Jawapan a dan b dijawab bersekali.

    Berdasarkan semakan, tanah kerajaan telah semakin berkurangan di kawasan Dun Melawati kerana tanah tersebut kebanyakannya telah menjadi tanah hakmilik dan sebahagian besarnya telah dimajukan sebagai kawasan kediaman.

    Sehubungan dengan itu, para petani yang berminat untuk mengusahakan tanah perlu mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang hendak diusahakan terlebih dahulu dengan membuat semakan status tanah tersebut di Unit Teknikal PDT Kuala Selangor. Sekiranya tanah tersebut sememangnya tanah kerajaan, pemohon boleh mengemukakan permohonan lesen pendudukan sementara (LPS/TOL) atau memohon pemberimilikan tanah melalui sistem e-Tanah. Pihak PDT Kuala Sleangor akan memproses permohonan tersebut mengikut prosedur dan tatacara permohonan yang dikemukakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.