Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

176) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI JALAN PASAR MALAM DAN JALAN SAWA GUNI

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah isu pembuangan sampah haram di jalan pasar malam dan jalan sawa guni akan dapat di atasi sepenuhnya?

    Isu pembuangan sampah haram di Jalan Pasar Malam berpunca daripada sikap penduduk setempat yang mementingkan diri dengan membuang sampah domestik dan pukal di lokasi tersebut disamping terdapat pihak luar yang mengambil kesempatan melakukan pembuangan sampah dengan wujudnya tapak tersebut. Manakalan isu pembuangan sampah haram Jalan Sawa Guni boleh ditanggani sekiranya tiada aktiviti pencarian barang kitar semula oleh individu@ scavenger. Selain dari itu juga pemerhatian daripada pemilik tanah juga memainkan peranan supaya aktiviti ini dapat diatasi. Pihak Majlis juga akan menjalankan tindakan penguatkuasaan di lokasi tersebut seperti yang berikut:

  2. Kebanyakan aktiviti pembuangan sampah dilakukan di waktu malam dan adakah penguatkuasa daearah Klang membuat rondaan di waktu malam di jalan ini?

    Pemantauan ada dibuat di lokasi pada waktu siang dan malam

     

    • Jalan Sawa Guni – 1 kali seminggu
    • Jalan Pasar Malam – 2 kali seminggu

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.