Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
40) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI DALAM KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat banyak lokasi telah dijadikan tempat pembuangan sampah haram di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Kajang oleh pihak individu, peniaga-peniaga, kontraktor binaan dan pelupusan sampah. Apakah usaha ataupun rancangan jangka panjang kerajaan negeri dan pihak PBT dalam menangani masalah ini ?
Menguatkuasakan cukai taksiran di kawasan-kawasan luar bandar mengikut Kg. Baru Cina dan memberi perkhidmatan yang serupa.
- Memastikan semua pasar-pasar malam, pasar tani, pasar pagi pengurusan sampah yang diluluskan oleh kontraktor yang berdaftar dan mengikut syaratsyarat yang diluluskan oleh MPKj.
-
Apakah punca sebenar pembuangan sampah haram ini berlaku ?
- Sampah Industri- Memastikan sampah ini diuruskan oleh kontraktor yang berdaftar dengan MPKj. Sampah Binaan-memastikan semua kelulusan ubahsuai bangunan merujuk kepada MPKj.
- Syarat-syarat lantikan kontraktor untuk pelupusan sampah perlu diperkemaskan dengan memasuki elemen-elemen memiliki logistik dan pekerja yang secukupnya.
- Tiada perkhidmatan pelupusan di kawasan luar bandar.
- Masalah pengumpulan sampah di rumah kedai bertingkat.
- Jumlah pendatang asing yang kian meningkat
-
Apakah usaha pihak PBT untuk menangani masalah pembuangan sampah haram di Pekan Batu 14 Hulu Langat, Pekan Batu 18 Hulu Langat, Jalan Sungai Tekali (berhampiran Taman Titiwangsa), Batu 15 Jalan Hulu Langat (Bukit Kundang), Hadapan Flat Cheras Awana, Jalan Ampang Hulu Langat, Hadapan Kondominium Green Acre Bandar Sg. Long dan Hadapan Kondominium Cypress Bandar Sg. Long ?
Pihak MPKj telah menempatkan tong RORO di Pekan Batu 14, Hulu Langat. Walau bagaimanapun, masalah pembuangan sampah haram masih tidak dapat diatasi sepenuhnya.
MPKj juga telah membuat perbincangan bersama peniaga-peniaga di kawasan Hulu Langat berkenaan isu sampah haram. MPKj juga telah memberi cadangan agar peniaga-peniaga tersebut melantik kontraktor bagi pengurusan sampah.
Bagi kawasan Bandar Sungai Long dan kawasan Hulu Langat, Sungai Tekali dan lain-lain, MPKj telah menjalankan operasi Intipan Sampah Haram.
Kerja-kerja pembersihan secara inhouse turut dilakukan oleh MPKj.