Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
76) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan PBT terhadap kegiatan pembuangan sampah haram ?
Tindakan dan pengawalan di setiap PBT dalam aktiviti kegiatan pembuangan
sampah haram di Selangor adalah berbeza. Antara tindakan yang diambil oleh Majlis
Daerah Kuala Langat (MDKL) dengan melakukan operasi membanteras kegiatan
pembuangan sampah haram. Ia selaras dengan tindakan di bawah Undang-Undang
Kecil (UUK) mencegah kekotoran MDKL. Manakala Majlis Bandaraya Petaling Jaya
(MBPJ) dengan menubuhkan Unit Flying Squad yang dibentuk pada 20 Februari
2006, dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) pula dengan melakukan aktiviti
pemantauan berkala secara bersepadu dengan Bahagian Penguatkuasaan. Selain
dari itu, ganjaran dan insentif turut diberikan kepada mereka yang memberikan
maklumat yang betul dan tepat. -
Samada kegiatan pembuangan sampah haram di Selangor meningkat atau sebaliknya ?
Masalah pembuangan sampah haram di Selangor masih lagi dalam keadaan yang
terkawal. Hal ini adalah berdasarkan kepada laporan dan aduan yang diterima.
Sebagai contoh, MDKL hanya mengeluarkan 7 notis pada tahun 2009 berbanding 44
notis pada tahun 2008, dan pada tahun 2010 hanya sebanyak 3 notis sahaja.