Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
102) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan tempat pembuangan sampah haram yang telah di kenal pasti sehingga kini mengikut PBT.
Jumlah keseluruhan tapak pembuangan sampah haram yang telah dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor sehingga kini adalah sebanyak 167 tapak. Senarai bilangan tapak mengikut PBT adalah seperti berikut dan senarai lokasi adalah seperti di Lampiran 1:-
BIL. PBT BILANGAN TAPAK PEMBUANGAN
SAMPAH HARAM
1. MBSA 9 2. MBPJ 8 3. MPSJ 11 4. MPS 8 5. MPKJ 0 6. MPK 3 7. MPAJ 16 8. MPSp 9 9. MDKS 32 10. MDKL 3 11. MDSB 14 12. MDHS 54 JUMLAH KESELURUHAN 167 Tapak -
Berapa banyak aset telah dirampas kerana dijadikan tempat pembuangan sampah haram?
Bagi tahun 2015 hingga Mei 2017, 561 unit aset yang telah dirampas / disita oleh PBT Negeri Selangor di tapak pelupusan sampah haram. Pecahan aset adalah seperti berikut:-
BIL. PBT Jumlah Aset Disita / Dirampas Catatan 1. MBSA 1 Tahun 2015 – 1 Lori 2. MBPJ 14 Tahun 2016 – 11 unit Motosikal, 1 buah lori 1 tan, Van, Lori 10 tan dan
Tong RORO
Tahun 2016 – 3 unit Tong RORO
3. MPKj 463 Tahun 2015 – 263 buah lori Tahun 2016 – 138 buah lori
2017 (Sehingga Jun) – 62 buah lori
4. MPSP 67 Kenderaan lori 5. MDKS 12 Kenderaan lori 6. MDKL 4 Kenderaan lori 7. MPSJ – Tiada tindakan rampasan/sitaan oleh PBT berkenaan. 8. MPS – 9. MPK – 10. MPAJ – 11. MDSB – 12. MDHS – Jumlah Keseluruhan 561 -
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan supaya kejadian pembuangan sampah haram tidak berulang lagi.
Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh PBT Negeri Selangor bagi memastikan kejadian pembuangan sampah haram tidak berulang adalah seperti berikut:-
- Menjalankan tindakan penguatkuasaan melalui pengeluaran notis arahan pembersihan atau kompaun kepada peniaga atau penduduk kampong yang didapati melakukan pembuangan sampah secara haram;
- Menutup dan meletakkan notis larangan pembuangan sampah dan amaran di kawasan tapak pembuangan sampah haram;
- Menjalankan pemantauan berkala atau pemantauan statik di kawasankawasan yang berisiko atau hotspot tempat pembuangan sampah secara haram;
- Menjalankan kerjasama dengan pemilik premis, penduduk atau JKKK penduduk kawasan kampung supaya tidak membuang sampah di meratarata tempat dan membantu memantau kebersihan kawasan masing-masing dengan menyalurkan maklumat segera kepada pihak PBT sekiranya terdapat aktiviti pembuangan sampah secara haram di kawasan mereka
- Mewujudkan kempen-kempen kesedaran kepada peniaga-peniaga kecil dan penduduk kampung tentang pembuangan sampah secara haram dan dedahkan maklumat-maklumat kesedaran;
- Menyediakan tong sampah berpusat untuk penduduk kampung yang menjadi alternatif kepada penduduk dan peniaga membuang sampah contohnya MPKj melalui kerja-kerja tender kutipan sisa pepejal yang baru mulai Julai 2016 telah membuat penambahbaikan spesifikasi kerja kontraktor dengan mengarahkan kontraktor meletakkan tong ’leach bin’ 1200 liter di sepanjang jalan kampung tradisi dan melaksanakan kutipan secara berjadual setiap hari;
- Menyita kenderaan yang membuang sampah secara haram;
- Mengambil pendekatan dengan memberi ganjaran wang tunai kepada pemberi maklumat sampah haram; dan
- Melaksanakan operasi bersepadu bersama PBT dan Pejabat Daerah dan Tanah dengan menjalankan operasi pemantauan disetiap lokasi pembuangan sampah haram.