Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
208) PEMBUANGAN SAMPAH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengatasi permasalahan pembuangan sampah haram di sepanjang Jalan Sungai Tekali ke Empangan Semenyih, Jalan Ampang Hulu Langat, Jalan Besar Hulu Langat di Bukit Kundang, Batu 15, Hulu Langat dan lain-lain lagi?
- MPKj menjalankan penguatkuasaan Undang-undang Kecil (UUK) Pelupusan Sampah dan membuat intipan di luar waktu pejabat. Orang-orang yang ditemui melakukan kesalahan akan ditawarkan kompaun RM1,000.00. Majlis Perbandaran Kajang menubuhkan task force atau kontraktor Alam Flora Sdn. untuk membersihkan sampah haram. Majlis Perbandaran Kajang juga menyediakan tong sampah ‘roro’ di kawasan tersebut dengan persetujuan Majlis Perwakilan Penduduk Zon (MPP).
-
Adakah pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan pengguna membuang sampah ke dalam tong ÔroroÕ yang disediakan di Pekan Batu 18, Hulu Langat. Pembuangan sampah di kawasan berkenaan tidak terkawal dan mencemarkan keindahan persekitaran dan Sungai Langat yang berhampiran?
- MPKj menubuhkan task force atau kontraktor Alam Flora Sdn. Bhd. untuk membersihkan sampah haram dan menyediakan tong sampah roro di kawasan tertentu dengan persetujuan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)