Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

82) PEMBUANGAN BAYI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah statistik insiden pembuangan bayi di Selangor dengan pecahan mengikut kaum dan daerah bagi tahun 2009 dan 2010?

    Jadual 1 : Statistik pembuangan bayi di Negeri Selangor mengikut daerah dan
    kaum bagi tahun 2009 dan sehingga bulan Jun 2010.
    Bil Tahun/Daerah 2009 2010 Kaum
    Melayu Cina India Tidak dikenal
    pasti
    1. Subang Jaya 1 1
    2. Petaling Jaya 2 2 4
    3. Ampang 2 2
    4. Gombak 1 1
    5. Klang 1 2 1 2
    6. Kajang 1 3 2 1 1
    7. Shah Alam 2 1 1 2
    8. Kuala Langat
    9. Kuala Selangor 1 1
    10. Hulu Selangor 1 1 1 1
    11. Sabak Bernam
    12. Sepang 1 1
    Jumlah 10 12 7 2 13

  2. Apakah tindakan segera kerajaan negeri dalam usaha membasmi gejala ini dari terus berlaku?

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan,
    Pendididkan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan mengambil satu langkah
    proaktif dengan merangka satu Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial
    sebagai panduan untuk melaksanakan tindakan menangani gejala sosial secara
    holistik dan bersepadu. Ianya meliputi semua aspek bagi memastikan tindakan
    menangani gejala sosial dapat dilaksanakan dengan berkesan selaras dengan
    hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri
    Selamat, Sejahtera dan Berkebajikan. Semua Program Menangani Gejala Sosial
    akan dikenali sebagai Program Generasi Idaman Selangor (GeMS).
    Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) adalah satu langkah serius yang
    diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani isu gejala sosial yang
    melanda masyarakat di Negeri Selangor.Satu Jawatankuasa Induk Menangani
    Gejala Sosial Peringkat Negeri Selangor yang dipengerusi oleh YB Dr Hajah
    Halimah Ali, Pengerusi Jawantankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan
    Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
    Jawatankuasa yang bersifat inklusif akan diwujudkan di setiap Daerah yang
    melibatkan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja
    Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor JAIS, Agensi Anti Dadah Kebangsaan,
    JKKK, Jabatan Pelajaran Selangor, Pertubuhan Belia,Pertubuhan Wanita, Majlis
    Permuafakatan Guru MPPBIG, Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Majlis
    Intitutsi Pendidikan Islam Selangor, Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor,
    Ketua-ketua kaum, Persatuan Pesara, Kaunselor dan Agensi dan NGO,s yang
    berkaitan.
    Kerajaan Negeri bersetuju untuk menggunakan pendekatan bersepadu iaitu 5P :
    a. Pembangunan (Development)
    b. Pencegahan (Prevention)
    c. Pencelahan (Intervention)
    d. Penguatkuasaan (Enforcement)
    e. Pemulihan (Rehabilitation)

Lampiran

Tiada Lampiran.