Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

116) PEMBINAAN TEROWONG ATAU FLYOVER

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penduduk Kajang Utama dan sekitarnya telah dijanjikan terowong atau flyover bagi memendekkan perjalanan ke Kajang dan sebaliknya sejak 2001. Bilakah perancangan ini akan dilaksanakan?

    Pihak LLM telah memaklumkan kepada Majlis bahawa pembinaan terowong ‘underpass’ ke Taman Kajang Utama tidak mempunyai peruntukan dalam RMK-9.

    Cadangan ‘underpass’ melintasi Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK Highway) telah dimaklumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Peruntukan perlaksanaannya akan dipohon dalam RMK 10

  2. Berapakah anggaran peruntukan yang diperlukan?

    Walau bagaimanapun pihak LLM telah memasukkan permohonan peruntukan bagi cadangan tersebut dalam RMK-10.

    Anggaran peruntukan masih belum ditentukan kerana pihak LLM dalam proses kajian     reka bentuk persimpangan bertingkat (underpass) yang dicadangkan.

  3. Syarikat manakah yang akan mengendalikan projek berkenaan?

    Pihak LLM telah mengambil tindakan pro aktif dengan melantik perunding bagi menyediakan pelan reka bentuk dan butiran kerja (BQ).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.