Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
302) PEMBINAAN TASKA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah syarat pembinaan TASKA?
Syarat pembinaan Taska ialah seperti berikut :
- Tapak Khas Taska
- Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska JPBD Semenanjung Malaysia
Tapak khas yang telah dikenal pasti oleh sesuatu rancangan pemajuan seperti RT atau RKK dan telah didirikan bangunan sama ada oleh pihak swasta (pemaju), kerajaan ataupun individu.
- Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor JPBD Selangor
Perkara “Free Standing Building” Perumahan Bertanah Tadahan Penduduk (orang) 2,500 orang Keluasan Tapak (Minimum)
930mp (10,010 kps) 740mp (8,000 kps) Saiz Kelas (Maksimum)
1 kelas : 20 murid Peletakan Lokasi § 0.2 – 0.4 km / 5 minit – 10 minit perjalanan daripada rumah terjauh. § Jauh daripada persimpangan dan tidak mengganggu trafik pada waktu puncak.
§ Hanya dibenarkan beroperasi di lot-lot tepi sahaja bagi kemudahan di kawasan perumahan.
§
Jalan Perkhidmatan Minimum 15.2m (50’) Lebar Jalan-Keluar Masuk
Minimum 12.2m (40’) Anjakan Bangunan § Menghadap Jalan
§ Sempadan Bersama
6.1m (20’)
6.1m (20’)
6.1m (20’)
3.1m (10’)
Tempat Letak Kenderaan
1 petak kakitangan.
TLK / 3 1 petak pelajar.
TLK / 10 Komponen Kemudahan § Pagar di sekeliling kawasan. § Papan tanda nama dan alamat bangunan.
§ Tiang Bendera minima 3 bendera (Malaysia, Selangor dan Sekolah).
§ Padang/Kawasan permainan.
§ Ruang makan/pantri.
§ Tandas.
§ Bilik guru.
- Taska Di Bangunan Kediaman
Garis panduan Dan Piawaian Kebenaran Merancang Perubahan Material Penggunaan Bangunan PBT
Tadika dan TASKA tidak dibenarkan di lot kediaman. Namun seandainya tapak khas telah dimajukan tetapi masih tidak dapat menampung permintaan setempat maka Tadika dan TASKA boleh diberi pertimbangan di lot kediaman dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PBT dan syarat-syarat lain seperti berikut:
Premis Yang Dibenarkan
- Tadika/Taski/Taska/pusat jagaan kanak-kanak hanya akan dibenarkan di rumah sesebuah, berkembar atau rumah teres lot tepi yang mempunyai halaman selebar 6.096m (20 kaki)
- Premis cadangan hendaklah tidak terlalu hampir dengan premis (tadika
/ taski/ taska / pusat jagaan) sediada dalam lingkungan 1 km.
- Lokasi cadangan hendaklah jauh daripada kawasan perniagaan yang mengalami
- Tidak menghadap jalan utama dan tidak terlalu hampir dengan persimpangan
- Kesesuaian dengan aktiviti bersebelahan dengan tapak yang dipohon, tidak berhampiran premis yang menjalankan aktiviti industri yang mengakibatkan pencemaran habuk atau
Penyediaan Papan Tanda dan Tiang Bendera
- Penyediaan papan tanda nama dan alamat serta tiga (3) unit tiang bendera(bendera Malaysia, Selangor dan MBSA) mengikut spesifikasi MBSA.
Tempoh Kelulusan
- Kelulusan hanyalah untuk tempoh dua tahun. Kelulusan ini hendaklah diperbaharui tiga bulan sebelum tamat tempoh.
Kaedah Permohonan
- Mengisi dan melengkapkan Borang A1 (DOSKMEP) beserta dokumen- dokumen yang diperlukan seperti berikut:-
- Dua (2) salinan surat permohonan
- Dua (2) salinan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF).
- Dua (2) salinan surat perjanjian sewa/jualbeli.
- Dua (2) salinan resit bayaran cukai taksiran
- Dua (2) salinan resit bayaran pemajuan memproses. (RM 200.00)
Mengemukakan surat rujukan daripada jabatan yang berkaitan dengan permohonan
.
JENIS PERUBAHAN MATERIAL PENGGUNAAN BANGUNAN
JABATAN/AGENSI YANG PERLU DIRUJUK Taska/pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Tadika Jabatan Pelajaran Negeri Selangor Tadika Islam Jabatan Agama Islam Selangor/Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Taski Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor/ Jabatan Agama Islam Selangor
Notis Lot Berjiran
- Semua ulasan / persetujuan jiran hendaklah daripada pemilik premis dan bukannya
- Notis kepada lot berjiran dipinda semula berdasarkan peruntukan Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dimana akan melibatkan tanah/lot seperti berikut:
- Tanah yang bersempadan dengan tanah yang dimaksudkan oleh sesuatu permohonan di bawah seksyen ini ;
- Tanah yang dipisahkan daripada tanah yang dimaksudkan oleh sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini oleh mana-mana jalan, lorong, parit atau tanah rizab yang lebarnya tidak melebihi 20 meter dan yang akan bersempadan dengan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan itu jika tidak kerana dipisahkan oleh jalan, lorong, parit atau tanah rizab itu ;
- Tanah yang terletak dalam jarak 200 meter dari sempadan tanah yang dimaksudkan oleh sesuatu permohonan di bawah seksyen ini jika jalan masuk ke tanah yang dimaksudkan oleh permohonan itu ialah jalan mati yang digunakan oleh pemunya- pemunya tanah yang dimaksudkan oleh permohonan
PBT
JUMLAH PERMOHONAN MEMBINA TASKA 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 Lulus Tidak Lulus Lulus Tidak Lulus Lulus Tidak Lulus Lulus Tidak Lulus Lulus Tidak Lulus Lulus Tidak Lulus Lulus Tidak Lulus MBSA LULUS : 52 TIDAK LULUS : 60
MBPJ 11 2 12 2 1 1 2 4 7 0 5 0 2 0 MPK 1 0 6 0 15 0 4 0 10 0 1 0 3 1 MPAJ 4 3 1 0 0 0 12 0 15 0 15 0 8 0 MPSJ 32 0 41 1 42 0 55 0 49 0 34 5 41 1 MPS 7 1 17 1 9 1 14 3 19 3 9 – 3 1 MPKj 0 1 0 0 0 0 6 1 3 4 7 0 13 0 MPSp 0 0 0 0 0 0 18 0 26 1 17 2 27 1 MDKL 8 0 17 0 12 0 38 0 20 0 27 0 12 0 MDHS 0 0 0 0 0 0 1 1 28 0 4 0 1 0 MDKS 14 0 12 1 14 2 3 1 12 1 7 1 1 0 MDSB 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 1 JUMLAH 77 6 106 5 96 4 150 9 189 5 127 8 111 5 -
Berapakah jumlah permohonan membina taska yang telah lulus dan tidak lulus dari 2008 hingga 2014 mengikut PBT?