Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
194) PEMBINAAN TANDAS BARU DI KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerja perobohan dan pembinaan tandas baru di Kompleks Sukan Pandamaran telah lama di tangguh. Apakah sebabnya?
Kelewatan kerja-kerja pembaikan kolam renang di Kompleks Sukan Pandamaran adalah disebabkan penyediaan melibatkan reka bentuk baru dan ruang surau tambahan. Selain itu, penyediaan lukisan terperinci dan menyemak dan menyelaras keperluan-keperluan teknikal bekalan. -
Sila berikan butir-butir dan anggaran kos terkini projek tersebut.
Butir – butir projek ini adalah seperti :-
- Tandas lelaki dan perempuan : 80 meter persegi (termasuk 1 tandas OKU, bilik Janitor)
- Surau lelaki dan perempuan keluasan 92 meter persegi (termasuk landskap) yang mampu memuatkan lebih kurang 10 sehingga 15
Kos anggaran terkini adalah RM 490,000.00.
-
Bila kerja akan dimulakan dan dijangka siap memandangkan tandas lama dalam keadaan yang sangat teruk.
Sebut harga akan dipanggil pada awal bulan November 2017 dan dijangka siap pada awal bulan April 2018.