Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
67) PEMBINAAN TANDAS BARU DI KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerja perobohan dan pembinaan tandas baru di Kompleks Sukan Pandamaran masih belum dimulakan. Apakah sebab kelewatan?
Punca kelewatan adalah disebabkan penyediaan melibatkan rekabentuk baru dan ruang surau tambahan.
-
Sila berikan butir-butir projek tersebut
Keluasan bagi projek ini merangkumi:
- Tandas lelaki dan perempuan: 80 meter persegi (termasuk 1 tandas OKU, 1 bilik janitor).
Surau lelaki dan perempuan: 92 meter persegi (termasuk lanskap) yang mampu memuatkan lebih kurang 10 sehingga 15 orang.
-
Adakah RM180,000.00 mencukupi untuk meroboh dan membina semula tandas tersebut?
Peruntukkan sebanyak RM180,000.00 adalah tidak mencukupi untuk kerja-kerja perobohan dan membina semula tandas tersebut. Anggaran diperlukan adalah sebanyak RM360,000.00.