Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
354) PEMBINAAN SIMPANG EMPAT BERHADAPAN MASJID AL-HUDA, PAYA JARAS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah projek simpang empat berhadapan masjid ini akan mula dilaksanakan?
Status projek Menaiktaraf Jalan di Simpang Tiga Jalan Rahidin berdekatan Masjid Al-Huda, Kg. Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor adalah di peringkat memuktamadkan rekabentuk dan dijangka tender pada September 2025.
-
Berapakah anggaran kos pelaksanaan projek ini?
Kos siling projek yang diluluskan adalah RM 22,400,000.00.
-
Bilakah projek ini dijangka dapat disiapkan sepenuhnya?
Projek dijangka siap pada tahun 2028.