Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

345) PEMBINAAN SEMULA GERAI-GERAI, MEDAN-MEDAN SELERA DAN PASAR AWAM PBT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan besar-besaran untuk membina semula atau menaik taraf gerai, medan selera dan pasar awam milik PBT untuk mempertingkatkan daya tarikannya?

    Cadangan kerja-kerja  pembaikan dan naiktaraf Gerai, Medan Selera dan Pasar  milik PBT dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan di tapak dan peruntukan PBT. Walau bagaimanapun, setiap PBT mempunyai perancangan projek / kerja naiktaraf aset-aset tersebut dan dimasukkan dalam bajet PBT masing- masing dan pelaksanaan adalah bergantung kepada keupayaan kewangan / peruntukan PBT bagi tahun tersebut.

     

  2. Berapa banyak peruntukan telah dibelanjakan untuk tujuan ini di kawasan MBPJ pada tahun 2013 dan 2014?

     

    PBT

    Peruntukan Yang Telah Dibelanjakan (RM)
    2013 2014
     

    MBPJ

     

    123,810.00

     

    690,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.