Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
156) PEMBINAAN SEKOLAH RENDAH AGAMA DI DUN KUANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kuang merupakan kawasan majoriti Melayu, Sekolah Agama Kerajaan sediaada tidak dapat menampung jumlah pelajar semakin meningkat. Bilakah Sekolah Agama baru akan dibuka bagi membolehkan anak-anak bersekolah agama terutamanya golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk membayar yuran sekolah agama swasta?
Berdasarkan data JAIS, terdapat 2 buah Sekolah Rendah Agama di DUN Kuang iaitu SRA Kuang dan SRA An Nur, Seri Kundang yang boleh memuatkan seramai 160 orang murid meliputi 4 buah kelas yang masih kosong. Butiran adalah seperti berikut:
JAIS akan mengkaji keperluan pembinaan sekolah agama di kawasan DUN Kuang. Sekiranya terdapat keperluan yang mendesak, pertambahan pembinaan sekolah agama akan dicadangkan dalam Rancangan Malaysia (RMK) ke-13 dan ia juga tertakluk kepada peruntukan Kerajaan Negeri.