Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

225) PEMBINAAN SEKOLAH RENDAH AGAMA DI BANDAR TASIK PUTERI KUANG

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. SRA Kerajaan di BTP tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Bilakah SRA baru akan dibuka bagi membolehkan anak-anak bersekolah agama terutamanya golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk membayar yuran sekolah agama swasta?

    Kerajaan Negeri mengambil maklum akan kepadatan murid di SRA As-Siddiqin di Bandar Tasik Putri. JAIS akan mengenal pasti tapak yang sesuai bagi pembinaan sekolah baharu di Bandar Tasik Puteri kerana tanah sedia ada tidak membolehkan penambahan sebarang bangunan baharu.

Lampiran

Tiada Lampiran.