Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

196) PEMBINAAN SEKOLAH

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak bidang tanah yang telah digazetkan untuk pembinaan sekolah menengah di Bandar Tasik Puteri?

    Hasil semakan JPN Selangor melalui Sistem Maklumat Perancangan Negeri Selangor (SISMAPS), terdapat lapan (8) rizab pendidikan (5 bagi sekolah rendah dan 3 bagi sekolah menengah) yang telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh pihak pemaju bagi Bandar Tasik Puteri.

    Hanya dua (2) daripada lima (5) tapak rizab pendidikan telah digunakan untuk kegunaan SK Bandar Tasik Puteri dan SK Bandar Tasik Puteri 2.

    Hanya satu (1) daripada tiga (3) tapak rizab pendidikan telah digunakan untuk kegunaan SMK bandar Tasik Puteri.

    Keluasan tanah keseluruhan sekolah rendah = 30 ekar
    Keluasan tanah keseluruhan sekolah menengah = 36 ekar

  2. Memandangkan hanya sebuah sekolah menengah sahaja di Bandar Tasik Puteri, adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membina Sekolah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor di Bandar Tasik Puteri?

    Tiada cadangan untuk penambahan dan membina MITS buat masa sekarang.

Lampiran

Tiada Lampiran.