Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
70) PEMBINAAN RUMAH KOS RENDAH DAN KOS SEDERHANA RENDAH
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan garis panduan untuk pembinaan rumahrumah di mana salah satu syarat projek pembinaan rumah-rumah di taman perumahan baru ialah pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah?
Setiap pembangunan tanah yang dijalankan di Negeri Selangor perlu mematuhi Dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Dasar Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa pembangunan tanah yang melebihi 10 ekar dalam kawasan Lembah Klang akan dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana manakala kawasan di Luar Lembah Klang pula akan dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 10% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana. Bagi pembangunan yang kurang daripada 10 ekar (2 hingga kurang 10 ekar) pula, syarat penyediaan 30% rumah kos sederhana akan dikenakan bagi kawasan Lembah Klang.
Di samping menggunapakai dasar pembangunan sedia ada, Kerajaan Negeri dari masa ke semasa sentiasa menambahbaik dan mengkaji semula dasar sedia ada tersebut termasuk memperkenalkan Perumahan Mampu Milik Selangor Konsep Baru. Ini merupakan satu alternatif kepada pemaju bagi menyediakan rumah mampu milik khususnya di kawasan-kawasan yang berlaku lebihan pembinaan rumah kos rendah. Melalui cara ini sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri dapat memperbanyakkan penyediaan rumah di bawah harga RM120,000 yang mampu dibeli dengan kemudahan yang lebih selesa berbanding rumah kos rendah.
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan kawalan harga rumah pada satu-satu projek pembinaan rumah di taman perumahan baru?
Selain daripada penetapan komposisi pembangunan perumahan, Kerajaan Negeri juga telah menetapkan harga jualan maksimum terhadap rumah mampu milik. Harga jualan rumah mampu milik tersebut ditetapkan pada harga seperti berikut:
Kawasan Jenis Bangunan Harga (RM) Keluasan (kaki persegi)
Dalam kawasan Majlis Perbandaran
(Lembah Klang)
20% rumah kos rendah 42,000.00 650-700 20% rumah kos sederhana rendah 72,000.00 750 10% rumah kos sederhana 100,000.00 850 Lain-lain Jenis bangunan kediaman Bebas Bebas Dalam kawasan Majlis Daerah 20% rumah kos rendah 35,000.00 650-700 20% rumah kos sederhana rendah 60,000.00 750 10% rumah kos sederhana 85,000.00 850 Lain-lain Jenis bangunan kediaman Bebas Bebas Luar kawasan Majlis Daerah / Majlis Perbandaran
20% rumah kos rendah 30,000.00 650-700 10% rumah kos sederhana rendah 50,000.00 750 10% rumah kos sederhana 70,000.00 850 Lain-lain Jenis bangunan kediaman Bebas Bebas