Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

210) PEMBINAAN RUMAH KOS RENDAH ATAU MAMPU MILIK

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan projek - projek Rumah Selangorku yang masih dalam pembinaan (semasa) dan projek - projek yang dalam perancangan mengikut daerah.

    Sehingga 31 Januari 2024, terdapat 61 projek dengan 23,835 unit Rumah Selangorku sedang dalam pembinaan dan 255 projek dengan 189,105 unit masih diperingkat perancangan. Perincian projek mengikut daerah adalah seperti berikut :-

  2. Berapakah bilangan pemohon yang masih menunggu giliran?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2023, jumlah pemohon Rumah Selangorku yang masih menunggu giliran adalah seramai 115,095 pemohon.

Lampiran

Tiada Lampiran.