Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
236) PEMBINAAN RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kelulusan pembinaan rumah ibadat selain Islam dari 2014- 2016 mengikut agama
Jumlah kelulusan permohonan pembinaan baru bagi rumah ibadat selain Islam yang di rekodkan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sebanyak 36 daripada tahun 2014 sehingga tahun 2016. Berikut adalah jumlah kelulusan permohonan pembinaan baru mengikut PBT:
PBT JUMLAH KELULUSAN PEMBINAAN 2014 – 2016 BUDDHA (TOKONG) HINDU (KUIL) GEREJA MBSA 0 1 2 MBPJ 2 0 1 MPSJ 3 1 1 MPK 3 1 0 MPSP 2 0 0 MPS 0 0 1 MPKJ 2 4 6 MPAJ 1 0 0 MDKS 3 0 1 MDKL 0 0 0 MDHS 1 0 0 MDSB 0 0 0 JUMLAH 17 7 12 -
Nyatakan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk membina rumah ibadat selain Islam
Kerajaan Negeri pada tahun 2017 telah menyediakan sejumlah RM6.5 juta untuk tujuan baikpulih bangunan keagamaan dan mengadakan aktiviti keagamaan. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga telah menyediakan peruntukan bagi tujuan pemindahan bangunan keagamaan yang dirobohkan atas dasar keperluan pembangunan selaras dengan Garis Panduan Berhubung Hal Ehwal Selain Islam dan Peranan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor. Pada ketika ini, tiada peruntukan untuk pembinaan baru rumah ibadat selain Islam.