Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
171) PEMBINAAN RUMAH IBADAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri akan membina rumah-rumah ibadat yang baru di Negeri Selangor?
Rumah Ibadat Selain Islam yang baru di Negeri Selangor akan dibina oleh pihak Persatuan Agama di kawasan tersebut. Pembinaan Rumah Ibadat ini perlulah melalui prosedur yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Rumah Ibadat perlulah di bina di atas tanah kerajaan yang telah dirizabkan untuk kegunaan Rumah Pihak persatuan perlulah memohon pewartaan tanah tersebut kepada Pejabat Tanah Daerah. Segala cadangan pembangunan Rumah Ibadat di atas tanah tersebut perlulah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang daripada pihak Berkuasa Tempatan.
-
Berapakah jumlah rumah ibadat yang bakal dibina pada tahun 2015 mengikut PBT?
Cadangan pembinaan Rumah Ibadat adalah berdasarkan permohonan yang diterima daripada pihak Persatuan keagamaan kepada PBT di kawasan masing-masing. Pada masa ini, maklumbalas daripada PBT memaklumkan tiada permohonan Rumah ibadat akan dibina setakat 23 Mac 2015. Walau bagaimanapun terdapat cadangan pemindahan tapak sedia ada ke tapak baru di Persiaran Kemuning Damai, Seksyen 32, Shah Alam.