Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

235) PEMBINAAN MINI HIDRO

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah penjelasan Kerajaan Negeri berkenaan dengan cadangan pembinaan Mini Hidro di Sungai Kedondon Batang Kali dan Sungai Kerling?

    Cadangan Mini Hidro di Sungai Kedondong dan Sungai Kerling adalah di bawah Worldwide Holding Berhad. Pihak Worldwide baru membuat perbincangan awal dengan pihak MPHS dan belum ada permohonan pelan pembangunan rasmi ke pihak MPHS.

  2. Apakah kesannya terhadap alam sekitar jika dilaksanakan?

    Pihak MPHS mensyaratkan pihak Worldwide untuk mendapatkan kelulusan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) dan mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS) sebelum pemajuan boleh dipertimbangkan oleh pihak MPHS.

Lampiran

Tiada Lampiran.