Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
199) PEMBINAAN MASJID KAMPUNG MERBAU SEMPAK, SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah kos sebenar pembangunan masjid tersebut?
Kos projek bagi Masjid Nurul Amin Merbau Sempak adalah RM 9,993,580.00.
-
Berapa peratus kemajuan projek tersebut?
Peratus kemajuan sebenar projek di tapak bagi Masjid Nurul Amin Merbau Sempak adalah sebanyak 16.70% mengikut kemajuan jadual sebagaimana yang telah dirancang.
-
Bilakah projek tersebut dijangka akan siap sepenuhnya?
Tarikh siap projek bagi Masjid Nurul Amin Merbau Sempak adalah pada 30 April 2025.