Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

6) PEMBINAAN MASJID KAMPUNG MELAYU SUNGAI BULOH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status semasa perancangan pembinaan Masjid Kampung Melayu Sungai Buloh?

    Status perancangan pembangunan Masjid Kampung Melayu Sungai Buloh masih berada dalam pertimbangan dan penilaian JAIS. Isu laluan masuk yang terpaksa melibatkan pengambil alihan tanah milikan yang masih belum dimuktamadkan menyebabkan usaha pembinaan masjid tertangguh sehingga sekarang.

  2. Bilakah proses pengambilan tanah yang berhampiran akan dilaksanakan?

    Proses pengambilan tanah boleh diteruskan tertakluk kepada penilaian daripada pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan kelulusan bayaran pampasan daripada pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

  3. Berapakah kos anggaran projek ini dan bilakah projek ini dijangka akan bermula?

    Kos anggaran projek ini sebanyak RM 20,000,000.00 tidak termasuk jumlah bayaran pampasan kepada pemilik tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.