Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
9) PEMBINAAN MASJID DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mohon penjelasan status terkini pembinaan masjid Lestari Putra yang mempunyai peruntukan RMK12 di dalam belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2024.
Pembinaan Masjid Taman Lestari Putra telah tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) atau Rancangan Selangor Pertama (RS1). Walaubagaimanapun, berdasarkan kelulusan peruntukan yang diluluskan pada tahun 2025 dan mengikut giliran senarai projek dalam pelaksanaan, projek pembinaan Masjid Taman Lestari Putra akan di bawa ke Rancangan Malaysia Ke 13 (RMK-13) atau Rancangan Selangor Ke-2.
-
Mohon penjelasan status terkini pembinaan SRA Puchong Utama yang mempunyai peruntukan RMK12 di dalam belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2024.
Pembinaan SRA Puchong Utama telah tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK-12) atau Rancangan Selangor Pertama (RS1). Walaubagaimanapun, berdasarkan kelulusan peruntukan yang diluluskan pada tahun 2025 dan mengikut giliran senarai projek dalam pelaksanaan, projek pembinaan SRA Puchong Utama akan di bawa ke Rancangan Selangor Ke-2.