Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
32) PEMBINAAN MASJID DI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pembinaan dan kos pembinaan masjid yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2006 hingga 2022.
Maklumat yang diberikan adalah bermula tahun 2019 hingga tahun 2022. Pembinaan bagi tahun 2019 adalah sebanya 25 buah masjid yang menelan belanja sebanyak RM 57,750,913.83. Bagi tahun 2020 pembinaan adalah sebanyak 19 buah dengan kos keseluruhan RM 47,300,020.00. Bagi tahun 2021 pula, pembinaan adalah sebanyak 16 buah yang melibatkan Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK 11) dengan kos RM 46,795,200.00. Manakala bagi tahun 2022 pembinaan adalah sebanyak 18 buah iaitu 15 buah adalah melibatkan pembangunan di dalam RMK 11 dan 3 buah adalah melibatkan RMK 12 dengan kos RM, 33,955,040.00.
Keseluruhan peruntukan bagi 4 tahun yang dinyatakan adalah melibatkan RM185,801,173.83. Lihat Rajah 1 di bawah.