Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
125) PEMBINAAN MASJID DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak masjid baru telah dibina di Negeri Selangor semenjak 2010 hingga 2016? Senaraikan mengikut daerah dan tahun.
Sebanyak 18 buah masjid baru telah dibina di Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga 2016. Rujuk Lampiran A.
-
Berapa peruntukan pembangunan masjid baru diluluskan dari 2010 hingga 2016? Senaraikan mengikut tahun
Jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan masjid baru dari tahun 2010 hingga 2016 adalah sebanyak RM130,564,213.18. Rujuk Lampiran B.
-
Bagi tahun 2017 berapa masjid baru akan dibina dan berapa peruntukan diluluskan?
Sebanyak 10 buah masjid baru yang sedang dibina dengan peruntukan berjumlah RM111,500,010.00 bagi tahun 2017. Rujuk Lampiran C.