Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

149) PEMBINAAN MASJID BARU KG SELAYANG PANDANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembinaan masjid baru Kg Selayang Pandang?

    Jawatankuasa Pembinaan telah menarik balik hasrat pembinaan masjid baru di tapak milik MAIS yang berkeluasan 1.7 ekar disebabkan kekangan dana pembinaan yang masih belum mencukupi. Ekoran dari keputusan tersebut, jawatankuasa pembinaan masjid telah memohon kelulusan dari Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid Dan Surau Negeri Selangor bagi menaiktaraf masjid sedia ada dengan kos RM 4 juta. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh pihak JAIS pada 12 Ogos 2020 dan sehingga ini jawatankuasa telah dapat mengumpul dana berjumlah RM 1.7 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.