Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
189) PEMBINAAN MASJID BARU DENGKIL
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kelulusan dan bajet dari MAIS dan Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan Masjid Dengkil yang baru telah lama diluluskan. Apakah permasalahan yang menjadi halangan untuk projek ini?
Terdapat isu pencerobohan dan tuntutan Orang Asli terhadap tapak yang telah diwartakan untuk pembinaan Masjid Baru Pekan Dengkil. Pihak JAIS telah membawa perkara ini ke Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri untuk memohon pandangan dan tindakan selanjutnya.
-
Bilakah dijangka permasalahan ini akan dapat diselesaikan untuk membolehkan pelaksanaan projek ini diteruskan?
Pihak JAIS sedang dalam perbincangan dengan Kamar Penasihat Undangundang Negeri bagi menentukan tindakan selanjutnya oleh pihak Jabatan.