Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
99) PEMBINAAN MASJID
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pembinaan Masjid pada setiap tahun dan adakah masih terdapat projek terbengkalai?
- Jumlah pembinaan Masjid pada setiap tahun bermula dari tahun 2011 hingga 2014 adalah seperti berikut:
TAHUN 2011 TAHUN 2012 TAHUN 2013 TAHUN 2014 2 buah 3 buah 2 buah 4 buah *NOTA- Bilangan masjid dibina pada tahun berkenaan diambilkira dari tarikh milik tapak sesebuah projek
Mengikut rekod, tiada projek yang dikategorikan sebagai projek terbengkalai. Walau bagaimanapun, terdapat 2 (dua) projek yang dikategorikan sebagai projek sakit iaitu projek Masjid Ukay Perdana (Gombak) dan Masjid Al-Islah Sementa (Klang).
-
Apakah status projek pembinaan Masjid Zakaria di Gombak?
Status terkini cadangan pembinaan Masjid Zakaria ialah dalam proses untuk pengambilan tanah untuk laluan jalan masuk.