Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

222) PEMBINAAN LEBUHRAYA LEMBAH KLANG TIMUR (EKVE)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan butir-butir kerja pembinaan lebuhraya lembah klang timur (EKVE).

    Berdasarkan maklumat yang diterima, projek EKVE merangkumi jarak keseluruhan sepanjang 39 km terdiri daripada 24 km laluan lebuhraya utama, 12 km jalan susur keluar di setiap persimpangan bertingkat dan kerja naiktaraf jalan Ukay Perdana sepanjang 3 km.

    EKVE mempunyai lima (5) persimpangan bertingkat dan lima (5) plaza tol di sepanjang lebuh raya seperti berikut:

    BIL.  

    PERSIMPANGAN BERTINGKAT

     

    RANGKAIAN PENYAMBUNGAN PLAZA TOL
    1. Persimpangan Sungai Long Bersambung dengan Lebuhraya SILK untuk jajaran ke Selatan Plaza Tol Sungai Long
    2. Persimpangan Bandar Mahkota Cheras Bersambung dengan Persiaran Mahkota Cheras Plaza Tol Bandar Mahkota Cheras
    3. Persimpangan Hulu Langat Bersambung dengan Jalan Hulu Langat Plaza Tol Hulu Langat
    4. Persimpangan Ampang Bersambung dengan Lembah Jaya dan Ampang Plaza Tol Ampang
    5. Persimpangan Ukay Perdana Bersambung dengan Jalan Ukay Perdana, MRRII dan DUKE Plaza Tol Ukay Perdana

    Jajaran Lebuhraya EKVE bermula dari Persimpangan Sg. Long di Lebuhraya Kajang-SILK melalui kawasan-kawasan berbukit-bukau dan berbatu sehingga ke Pekan Hulu Langat dimana jajaran tersebut mula memasuki kawasan kampung dan juga kawasan Hutan Simpan Ampang sehingga ke Persimpangan Ukay Perdana. Jajaran Lebuhraya EKVE tamat di pertemuan dengan Jalan Lingkaran Tengah 2 di Persimpangan Kg. Pasir.

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri dimaklumkan kerja-kerja yang sedang giat dijalankan di tapak adalah kerja-kerja pembersihan tapak, kerja tanah, pembalakan,  kerja pembinaan saliran, struktur dan kawalan alam sekitar.

  2. Berapakah keluasan dan pengambilan tanah hutan simpan yang terlibat dalam projek pembinaan tersebut?

    Keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang terlibat dengan projek EKVE adalah seluas lebih kurang 106.65 hektar (ha) dengan peratusan keluasan 0.04% berbanding keluasan keseluruhan HSK Negeri Selangor iaitu 250,129.00 hektar. Pecahan keluasan HSK yang terlibat adalah seperti berikut:

     

    HUTAN SIMPAN (HS)

     

    KELUASAN (HA)
    HS Ulu Langat 19.229
    HS Ampang 86.318
    HS Ulu Gombak   1.103
    JUMLAH KESELURUHAN 106.65

    Hutan simpan yang telah diambil telah diganti sebagai HSK di Lot 13980, Mukim Semungkis, Daerah Hulu Langat seluas lebih kurang 126.68ha. Proses pewartaan pemansuhan dan penggantian HSK ini dilakukan secara serentak selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 11, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

     

  3. Sehingga kini berapakah peratusan siap dibina?

    Secara umumnya, setakat 30 Jun 2017, Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa peratus kemajuan pembinaan jajaran lebuhraya EKVE adalah sebanyak 22.31%.

Lampiran

Tiada Lampiran.