Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
13) PEMBINAAN LANGAT 2
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2?
Dalam menjawab persoalan mengenai Pembinaan Loji Langat 2 ini, Saya akan menjawab dan menerangkan perkara-perkara berikut:
- Pendirian Kerajaan Negeri ke atas pelaksanaan Projek Langat 2;
- Status pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2;
- Senarai semua tangki atau kolam takungan baru yang akan dibina untuk menerima air yang dirawat oleh Langat 2 bersama dengan kapasitinya; dan
- Bilakah Fasa 2 akan bermula dan siap
- Pendirian Kerajaan Negeri Selangor ke atas pelaksanaan Projek Langat 2
- Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa pelaksanaan Projek Langat 2 tidak ada kaitan dengan pelaksanaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri
- Pembangunan Projek Loji Rawatan Langat 2 adalah merupakan projek di bawah penyeliaan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) dan dilaksanakan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai perunding dan kontraktor yang dilantik untuk projek
- Berkenaan dengan pelaksanaan Projek Langat 2, Kerajaan Negeri Selangor amatlah menitik beratkan supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan mendukung prinsip berasaskan value for money.
Prinsip value for money itu hendaklah dilihat bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal projek tetapi juga mengambil kira kos operasi yang akan terlibat di masa akan datang kerana setiap kos yang terlibat itu akhirnya akan diterjemahkan dalam bentuk tarif air yang akan ditanggung oleh rakyat umum.
- Kerajaan Negeri menyarankan agar setiap kontraktor yang terlibat di dalam Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 hendaklah dilantikmelalui sistem tender terbuka yang telus bagi memastikan kontraktor yang dilantik itu kelak adalah kontraktor yang benar-benar mahir dan berpengetahuan. Ini adalah untuk memastikan setiap komponen projek yang disiapkan oleh kontraktor yang telah dilantik itu benar-benar boleh beroperasi dengan baiknya tanpa memerlukan sebarang kos pembaikan sebaik sahaja projek itu diserahkan kepada operator yang akan mengoperasikan loji
- Kerajaan Negeri Selangor Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 32/2014 yang bersidang pada 25 Ogos 2014 dan disahkan oleh MMKN ke 33/2014 pada 27 Ogos 2014 telah telah bersetuju dengan pelaksanaan Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2. Memandangkan apabila siapnya Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 ini, bayaran harga air mentah akan dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Perjanjian Jual Beli Air Mentah Pahang ke Selangor, maka saya dengan tegas menyarankan supaya Negeri Selangor turut terlibat dan diberi peranan dalam membuat keputusan berkenaan pelaksanaanprojek ini.
- Kerajaan Negeri hanya mendapat peluang untuk meneliti spesifikasi teknikal Loji Rawatan Air Langat 2 untuk fasa pertama setelah kontraktor dilantik oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Selangor berpandangan beberapa spesifikasi yang dibuat untuk projek ini adalah berlebihan (excessive). Ini sudah tentu akan melibatkan peningkatan kos pembangunan dan kos operasi, contoh yang jelas adalah mengenai spesifikasi sistem proses yang dicadangkan untuk Pembangunan LojiRawatan Air Langat 2, ia akan melibatkandual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC).
- Penggunaan sistem proses dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC)adalah sesuai untuk sumber air yang tercemar yang mencapai tahap kelas 4 iaitu pengkelasan air yang terburuk. Persoalannya apakah air yang mengalir di Sungai Semantan yang akan dialirkan ke Negeri Selangor berada pada tahap kelas 4 iaitu sumber air yang mempunyai kualiti yang rendah? Mengapa sungai ini dipilih dan mengapa kerajaan Persekutuan mengambil opsyen ini sebagai jalan
penyelesaian menyelesaikan masalah air di negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor akan membayar kadar sepuluh sen per cubic meter kepada Kerajaan negeri Pahang bagi bayaran air mentah tersebut. Pada ketika ini, pihak operator air negeri Selangor hanya membayar sebanyak satu sen per cubic meter sahaja. Semua kos ini, akhirnya akan dipindahkan kepada pengguna melalui bayaran tariff air.
- Persoalan-persoalan beginilah yang menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa dalammelaksanakan Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2, Kerajaan Negeri Selangor hendaklah juga mempunyai kuasa dalam membuat keputusan. Memang tidak dinafikan Kerajaan Persekutuan telah membentuk jawatan kuasa Pemandu pelaksanaan Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihan (JKPPP LRAL2) di mana YAB Dato‟ Menteri Besar Selangor dan agensi Kerajaan Negeri Selangor merupakanahli di dalam jawatan kuasa tersebut. Namun persoalannya, sejauh manakah teguran dan pandangan dari Kerajaan Negeri Selangor boleh didengar dan dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan di dalam pelaksanaan projek ini.
- Status Pelaksanaan Projek Langat 2
- Pentadbiran Kerajaan Negeri yang terdahulu telah bersetuju meluluskan Pembangunan Projek Loji Rawatan Air Langat 11 selaras dengan persetujuan dan persefahaman yang telah dicapai antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berhubung Penstrukturan Semula Perkhidmatan Industri Air Negeri Selangor melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 26 Februari
- Dalam melaksanakan Projek Langat 2, ia melibatkan enam belas (16) pakej kerja seperti berikut:-
Pakej
Tajuk Kerja
1B Paip Air Mentah dari Terowong Projek Air Mentah Pahang-Selangor ke Loji Rawatan Air Langat 2 dan Paip Terawat Dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat 2A Water Treatment Plant 2B Kuarters Kakitangan di Loji Rawatan Air Langat Pakej
Tajuk Kerja
3 Loji Rawatan Enapcemar dan Tapak Pelupusan Enapcemar Langat 2 4 Kolam Air Imbangan Bukit Enggang Berkapasiti 210 Juta Liter 5 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Kolam Air Langat Sedia Ada dan Air Terawat Utama dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat 6 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Ampang Ke Kolam Air AU3
6A Terowong Air Terawat dari Kolam Air Imbangan Hulu Langat ke Kolam Air Ampang 7 Kolam Air Imbangan Hulu Langat Berkapasiti 92 Juta Liter 8 Kolam Air Ampang Reservoir Berkapasiti 36 Juta Liter 9 Kolam Air AU3 Berkapasiti 28 Juta Liter 10 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Lebuhraya Sg. Besi 11 Paip Air Terawat Utama dari Lebuhraya Sg. Besi ke Kolam Air Sedia Ada Bukit Dengkil 12 Kolam Air Sg. Besi Berkapasiti 22 Juta Liter 13 Kolam Air Bukit Jalil Berkapasiti 22 Juta Liter 14 Kolam Air Petaling Berkapasiti 80 Juta Liter - Dari enam belas pakej kerja tersebut, hanya tiga pakej yang telah dianugerahkan kepada kontraktor iaitu:-
Pakej
Tajuk Kerja
Kontraktor
1B Paip Air Mentah dari Terowong Projek Air Mentah Pahang-Selangor ke Loji Rawatan Air Langat 2 dan Paip Terawat Dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat Loh-Loh Construction Sdn Bhd 2A Water Treatment Plant Salcon MMC AZRB JV 5 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Kolam Air Langat Sedia Ada dan Air Terawat Utama dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat Jaks Sdn Bhd Pakej-pakej lain akan dianugerahkan secara berperingkat-peringkat. Setakat 28 Februari 2015, Kemajuan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Pakej 2A) : Jadual = 5%, Sebenar = 3%.
- Lanjutan dari kelulusan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan telah memberikan kelulusan Kebenaran Merancang, butirannya seperti berikut:-
Pakej Tajuk Kerja Kelulusan PBT Kebenaran Merancang Kerja Tanah dan Perparitan Kerja Bangunan PBT 1B Paip Air Mentah dari Terowong Projek Air Mentah Pahang-Selangor ke Loji Rawatan Air Langat 2 dan Paip Terawat Dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi tetapi tarikh kelulusan telah lupus pada 26 Februari 2015.
Belum
Belum
MPKj
2A Water Treatment Plant Sudah Sudah (bersyarat) Belum MPKj 2B Kuarters Kakitangan di Loji Rawatan Air Langat Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi tetapi tarikh kelulusan telah lupus pada 26 Februari 2015.
Belum
Belum
MPKj
3 Loji Rawatan Enapcemar dan Tapak Pelupusan Enapcemar Langat 2
Belum *
Belum
Belum
MPKj
4 Kolam Air Imbangan Bukit Enggang Berkapasiti 210
Kelulusan Kebenaran Merancang telah Belum
Belum
MPKj
Pakej Tajuk Kerja Kelulusan PBT Kebenaran Merancang Kerja Tanah dan Perparitan Kerja Bangunan PBT Juta Liter diperolehi tetapi tarikh kelulusan telah lupus pada 26 Februari 2015. 5 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Kolam Air Langat Sedia Ada dan Air Terawat Utama dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat
Tidak berkaitan. Hanya Permit kerja diperlukan
MPKj
6 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Ampang Ke Kolam Air AU3 Tidak berkaitan. Hanya Permit kerja diperlukan
MPAJ/DBKL
6A Terowong Air Terawat dari
Kolam Air
Imbangan Hulu Langat ke Kolam Air Ampang
Tidak berkaitan. Hanya Permit kerja diperlukan
MPKj
7 Kolam Air Imbangan Hulu Langat Berkapasiti 92 Juta Liter
Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi tetapi tarikh kelulusan telah lupus pada 26 Februari 2015. Belum
Belum
MPKj
8 Kolam Air Ampang Reservoir DBKL Pakej Tajuk Kerja Kelulusan PBT Kebenaran Merancang Kerja Tanah dan Perparitan Kerja Bangunan PBT Berkapasiti 36 Juta Liter
9 Kolam Air AU3 Berkapasiti 28 Juta Liter
Tidak berkaitan. Hanya Permit kerja diperlukan
MPKj
10 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Lebuhraya Sg. Besi Tidak berkaitan. Hanya Permit kerja diperlukan
MPSj
11 Paip Air Terawat Utama dari Lebuhraya Sg. Besi ke Kolam Air Sedia Ada Bukit Dengkil
Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi tetapi tarikh kelulusan telah lupus pada 26 Februari 2015. Belum
Belum
MPKj
12 Kolam Air Sg. Besi Berkapasiti 22 Juta Liter
Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi tetapi tarikh kelulusan telah lupus pada 26 Februari 2015.
Belum
Belum
MPKj
13 Kolam Air Bukit Jalil Berkapasiti 22 Juta Liter Belum
Belum
Belum
MPSj
14 Kolam Air Petaling Berkapasiti 80 Juta Liter
Belum
Belum
Belum
MPSj
- Selain dari kelulusan Kebenaran Merancang, Kerajaan Negeri juga memberikan kelulusan untuk pengambilan balik
Pakej Tajuk Kerja Status Pengambilan Balik Tanah 1B Paip Air Mentah dari Terowong Projek Air Mentah Pahang- Selangor ke Loji Rawatan Air Langat 2 dan Paip Terawat Dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat • Melibatkan 8 lot tanah persendirian yang belum selesai. • Perbicaraan peringkat 2 sedang dibuat
2A Water Treatment Plant • Melibatkan 20 lot tanah persendirian yang belum selesai. Penarikan balik 3 lot kerana kos pampasan terlalu tinggi dan melibatkan kubur lama
• Perbicaraan peringkat 2 sedang dibuat
2B Kuarters Kakitangan di Loji Rawatan Air Langat • Melibatkan 2 lot tanah persendirian yang belum selesai • Perbicaraan peringkat 2 sedang dibuat
3 Loji Rawatan Enapcemar dan Tapak Pelupusan Enapcemar Langat 2 • melibatkan lebih dari 80 lot tanah persendirian 4 Kolam Air Imbangan Bukit Enggang Berkapasiti 210 Juta Liter • Melibatkan 3 lot tanah persendirian yang belum selesai dan 2 lot tanah TDK. • Perbicaraan peringkat 2 sedang dibuat
5 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Kolam Air Langat Sedia Ada dan Air Terawat Utama dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat
• Melibatkan 9 lot tanah persendirian yang belum selesai. 6 lot masih belum diwarta. • Perbicaraan peringkat 2 sedang dibuat
6 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Ampang Ke Kolam Air AU3 • Melibatkan 7 lot tanah persendirian yang belum diwartakan. • Kemukaan pelan-pelan pengambilan balik tanah (LA plan) telah
Pakej Tajuk Kerja Status Pengambilan Balik Tanah dikemukaan kepada JKPTG pada 23 Dec 2014. 6A Terowong Air Terawat dari Kolam Air Imbangan Hulu Langat ke Kolam Air Ampang melibatkan 7 lot tanah persendirian. Pelan akan dikemukakan sebelum 31 March 2015 selepas kerja-kerja penyiasatan tapak selesai. 7 Kolam Air Imbangan Hulu Langat Berkapasiti 92 Juta Liter • Melibatkan 7 lot tanah persendirian yang belum selesai. • Perbicaraan peringkat 1 (1st hearing) bagi 6 lot telah dibuat pada 21/10/2014.
• Menunggu JPPH untuk memanggil perbicaraan peringkat 2 bagi 5 lot dan peringkat 1 untuk 1 lot.
11 Paip Air Terawat Utama dari Lebuhraya Sg. Besi ke Kolam Air Sedia Ada Bukit Dengkil 5 lot tanah persendirian masih belum diwartakan Perbicaraan peringkat 1 (1st hearing) bagi 2 lot telah dibuat pada 21 Okt 2014 Masih menunggu JKPTG untuk memanggil perbicaraan peringkat ke 2.
12 Kolam Air Sg. Besi Berkapasiti 22 Juta Liter 4 lot tanah persendirian masih belum diwartakan. (KeTTHA mungkin perlu mendaftar semula secara „on-line‟ semula permohonan pengambilan tanah tersebut kerana terdapat masalah ke atas pendaftaran on-line terdahulu). - Senarai semua tangki atau kolam takungan baru yang akan dibina untuk menerima air yang dirawat oleh Langat 2 bersama dengan kapasitinya
Mengikut perancangannya, tangki atau kolam takungan baru yang akan dibina untuk menerima air yang dirawat oleh Langat 2 adalah seperti berikut:
Per Kolam Air Imbangan
Kapasiti (Juta Liter)
Kawasan Liputan Bekalan 1. Bukit Enggang 210 Koridor Barat (Petaling)
2. Hulu Langat
92
KL Selatan Dan Pusat Bandar Per Kolam Air Service Kapasiti (Juta Liter)
Kawasan Liputan Bekalan 1. Sg. Besi 22 Disambungkan dengan Paip Air Sediada dan dibekalkan ke Sg. Besi & KL Selatan 2. Bukit Jalil 22 Dibekalkan ke KL Selatan (KL Selatan : Bkt Jalil, Sg.
Besi, Sri Petaling )
3. Petaling 80 Dibekalkan ke mukim Petaling termasuk kawasan Bukit Gasing, Kinrara dan Puchong 4. Ampang 36 Dibekalkan ke Ampang dan KL Timur (KL Timur : Wangsa Maju, Mindef, Datuk Keramat) 5. AU3 28 Dibekalkan ke Kuala Lumpur Timur dan utara (KL Utara : Setapak, Melawati)
- Pelaksanaan fasa 2
Fasa 2 Projek Langat 2 masih tiada dalam perancangan PAAB.
Walau bagaimanapun, pengambilan balik tanah bagi tapak projek ini telah dibuat oleh pihak Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA).
-
Senaraikan semua tangki atau kolam takungan baru yang akan dibina untuk menerima air yang dirawat oleh Langat 2 bersama dengan kapasitinya.
Sama seperti di SUB (a)
-
Bilakah Fasa 2 akan bermula dan siap?
Sama seperti di SUB (a)