Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
91) PEMBINAAN KUIL TANPA KEBENARAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Di Negeri Selangor banyak terdapat pembinaan kuil-kuil tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan yang tidak dirizabkan untuk tapak-tapak kuil. Sila senaraikan jumlah kuil-kuil tersebut mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor?
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembinaan kuil-kuil tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk meluluskan tapak-tapak tersebut bagi tujuan rumah ibadat kuil atau menempatkan semula kuil-kuil tersebut di tapak-tapak yang baru?