Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

4) PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN KERAJAAN DI KAMPUNG TELOK GONG

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membina klinik kesihatan kerajaan di Kampung Telok Gong?

    Setakat ini belum ada cadangan bagi pembinaan klinik kesihatan di Kampung Telok Gong atas justifikasi berikut :

    1. Di kampung Telok Gong terdapat 1 buah klinik desa yang telah beroperasi pada tahun 1965 dengan kedatangan sebulan antara 1500 hingga 1800 orang.
    2. Jarak klinik desa ke Kampung Telok Gong lebih kurang 1.7 km dengan jumlah penduduk kampung Telok Gong adalah 13079.
    3. Terdapat 2 klinik kesihatan yang berhampiran dengan kawasan Telok Gong yang jaraknya kurang dari 10 km iaitu KK Pandamaran dan KK Pelabuhan Klang. Kemudahan sistem jalanraya yang amat baik di sekitar Telok Gong untuk penduduk di kawasan Teluk Gong mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif. Terdapat perkhidmatan klink pakar di klinik Kesihatan Pandamaran dan Program khas untuk warga emas.

Lampiran

Tiada Lampiran.