Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
248) PEMBINAAN JIRAT CINA DI KG FELDA BUKIT CERAKAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek tersebut?
Kerajaan Negeri telah membuat keputusan di Mesyuarat MTES pada 2 Mac 2017 mengarahkan pemaju iaitu Tetuan Future Spectrum Sdn. Bhd. memberhentikan sementara kerja-kerja tanah dan pembinaan jalan masuk projek ini sehingga Kebenaran Merancang (KM) diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Pemaju juga diminta mematuhi beberapa perkara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri sebagai salah satu syarat kelulusan Kebenaran Merancang oleh pihak MDKS.
Antaranya:
- Jalan masuk yang tidak memberi gangguan kepada penduduk sekitar dan kampung.
- Tempat letak kenderaan.
- Landskap yang dapat menghalang pemandangan ke kubur cina tersebut.
-
Nyatakan jumlah aduan dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri
Terima satu (1) memorandum Bantahan Tapak Perkuburan Bukan Islam daripada penduduk Kampung Bukit Kapar, Kampung Bukit Kapar Tambahan, Kampung Bukit Kerayong, Kampung Felda Bukit Cherakah dan Bandar Puncak Alam, Mukim Jer
-
Nyatakan secara terperinci syarikat yang membina jirat Cina tersebut.
Everest Fairway Sdn. Bhd. (1131886-D)
Alamat Level 3A, Wisma Nirwana, Jalan 1/116A, Off Jalan Sungai Besi,
57100 Kuala Lumpur
Pengarah Syarikat a) Encik Kong Yew Fong (No. KP: 781018-14-5465)
b) Encik Hoo Lai Chen
(No. KP: 630322-06-5269)
c) Encik Soo Wei Chian
(No. KP: 690617-10-5007)
Hak milik PN 30243 Lot 9942 Mukim Jeram Luas 70 hektar Future Spectrum Sdn. Bhd. (1129267-M)
Alamat Level 3A, Wisma Nirwana, Jalan 1/116A, Off Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur Pengarah Syarikat a) Encik Ong Chee Khiam (No. KP: 780211-14-6019)
b) Encik Nazlan bin Khalid
(No. KP: 660525-02-5387)
Hak milik PN 77576 Lot 9987 Mukim Jeram Luas 33.2104 hektar