Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

217) PEMBINAAN JEJANTAS JALAN MAWAR, TAMAN SERAYA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah pembinaan Jejantas Jalan Mawar, Taman Seraya yang sepatutnya dibuat 2 tahun lepas boleh dimulakan?

    JKR Daerah Hulu Langat telah mengkaji skop/ kehendak teknikal dan anggaran kos projek. Susulan dari itu, proses reka bentuk Jejantas Jalan Mawar,Taman Seraya akan bermula pada tahun hadapan dan proses pembinaan dijangkabermula pada tahun 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.